Blackend Is The End

Jumaat, 18 Disember 2015

KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM EDISI OSMAN TIKUS –Bahagian 7 PERJALANAN JAUH DAN MALAM JUMAAT DI SEMPADAN THAILAND KEMBOJA


Selepas melawati Pasar atas Landasan Keretapi Meaklong kami terus bertolak ke sempadan Kemboja lebih kurang jam 2.30 ptg walaupun sebenarnya kami sudah pun terlewat dari rancangan asal yang mahu sampai ke sana sebelum jam 6 kerana pintu sempadan akan di tutup pada masa tersebut.

Namun begitu oleh kerana sudah terlewat maka rancangan untuk tidur di Kemboja terpaksa di batalkan awal awal lagi kerana sudah pasti tidak sempat lagi untuk mengejar masa yang sudah terlalu lewat itu.

Sebenarnya sejak dari pagi kami masih belum bersarapan kerana dalam perjalanan ke Pasar Meaklong tidak terjumpa satu pu kedai muslim untuk kami singgah dan akhirnya kami mengalas perut dengan makanan segera di 7E

Dari situ memasuki lebuhraya ke Aran akan merentasi sungai Menam Chau Pyara di tengah tengah kota Bangkok dan mengambil masa lebih kurang 6 jam kerana kami terpaksa berpatah balik dan masuk semula ke Bangkok untuk ke sana.

Lebih kurang jam 10.00 malam barulah kami sampai di sana dan pekan Aran sudah mula sunyi serta kedai kedai telah pun di tutup.

Setelah dari pagi tidak makan (sekadar alas perut dengan roti) maka setelah tiba di pekan ini barulah dapat kami menikmati makanan di sebuah kedai patani yang sudah pun hampir hendak tutup.


Bilik motel pula hanya berbaki 6 bilik sahaja dan cukup cukup untuk kami 12 orang termasuk dengan pemandu van yang membawa kami ke sana sini.

Selepas berehat sebentar kami membuat keputusan untuk keluar berjalan kaki meronda pekan Aran yang sunyi sepi ini di tengah malam buta di mana hanya ada ada sebuah kedai 7E saja di buka di pekan ini.

Oleh kerana tidak ada apa pun yang menarik pada malam hari di sempadan Thailand/Kemboja ini maka kami mengambil keputusan untuk balik ke motel dan bergerak dengan van untuk ke Pekan Aranyaprathet yang terletak kira kira 20 minit perjalanan.

Namun di pekan Aranyapratht juga sebenarnya sunyi sepi walaupun ada beberapa kedai dan restoran masih buka. Rumah urut pun hanya ada satu sahaja di mana cas 400bath di kenakan untuk 2 jam perkhimatan urut badan. (Jangan tanya kami urut ka tak)

Kesimpulannya pekan Aranyaprathet pada malamnya memang sunyi sepi tidak seperti pekan pekan di sempadan Danok/ Bukit Kayu Hitam.

Oleh kerana aku tak bawa henpon sewaktu meronda di pekan Aran ini maka tak ada banyak gambar yang dapat aku siarkan

bersambung....

Pintu gerbang Pasar Aran yang terletak di sempadan Thailand / Kemboja


sejak dari awal pagi mencari kedai makanan halal sehingga jam 2 masih belum ketemu. Singgah di 7E untuk membeli minuman dan makanan ringan sebagai alas perut

Cuma bertemu satu plaza tol di Kota Bangkok

sungai chau Praya


Malamdi sempadan Kemboja

Khamis, 17 Disember 2015

KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH SIAM EDISI OSMAN TIKUS – Bahagian 6 (HOTEL YANG MURAH DAN SELESA)


 Untuk melancung ke Thailand tidak memerlukan duit yang banyak kerana di sana bukan sahaja barang barang lebih murah dari Malaysia malah makanan dan hotel juga jauh lebih murah dari Malaysia.

Kalau di Malaysia bajet hotel yang agak selesa boleh di dapati dengan harga RM70-RM100 tapi di sana hanya dengan RM50.00 anda sudah boleh menginap di hotel yang cukup luas dan selesa.
Malah di Aran iaitu sempadan Kemboja, motel yang kami sewa hanyalah berharga RM35.00 sahaja di mana biliknya lebih luas dan selesa dari bajet hotel di sekitar Chow Kit. Pada malam pertamanya kami tinggal di sebuah hotel di Bangkok dengan harga 480bath sahaja.

Cumanya pada malam terakhir kami di sana kami terpaksa menyewa hotel yang agak sedikit mahal kerana ianya berdekatan dengan lapangan terbang .

Oleh kerana kapal terbang yang kami akan naiki akan berlepas jam 12.30 maka terpaksalah mengabil hotel yang berdekatan iaitu 5 minit perjalanan dari hotel ke situ.

Apa pun untuk melancung bajet ke Thailand anda tidak perlu risau kerana harga hotel di sana cukup murah dan selesa.

Bersambung.....





Rabu, 16 Disember 2015

KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM EDISI OSMAN TIKUS - Part 5 UPTOWN STADIUM BANGKOK @ KO KO THO ( Pasar malam Rajamangala stadium)

Oleh kerana kami sampai ke Bangkok dan urusan penginapan sudah lewat petang maka pada hari pertama kami sampai ke Bangkok kami Cuma meronda sekitar Kota Bangkok di mana pada malam nya melawat sebuat uptown yang terletak di sebelah stadium nasional Thailand.

Uptown ini rasanya lebih 4 kali ganda luasnya uptown Bandar Perda pada bulan puasa atau 30 kali lebih luas dari uptown Taman Sri Gombak.

Namun yang paling berbeza di antara uptown ini dengan uptown uptown di Malaysia ialah penjualnya semuanya bisa membuat anda berhenti seketika di hadapan gerai mereka kerana kebanyakkannya menonjolkan keseksian dengan pakaian yang menjolok mata.

Namun harganya tidaklah banyak bezanya dengan harga harga barang di Malaysia mungkin juga kerana mereka meletakan harga yang tinggi kepada pelancung.

Maaf tidak ada banyak gambar ketika di pasar malam ini akibat henpon kehabisan beteri...

Bersambung....

Siri 1 hingga 3 click link di bawah



KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM EDISI OSMAN TIKUS -Part 3 (Pasar Terapung)



Permandangan salah satu sudut pasar malam ini






KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM EDISI OSMAN TIKUS -Part 4 (PASAR ATAS LANDASAN KERETAPI DI MAEKLONG).

video
Video ketika keretapi sedang melalui pasar ini 

Sejak dari malam pertama di Kota Bangkok kami semua sudah berjanji untuk bangun awal esoknya kerana mahu memulakan long march ke Aran iaitu sempadan Kemboja yang terkenal dengan menjual barang barang serta pakaian bundle.

Janji awalnya selepas subuh akan terus bertolak kerana sebelum ke sana kami terlebih dulu mahu ke Pasar Maeklong yang terletak kira kira 70km dari Bangkok tetapi akhirnya terlewat dari janji awal kerana van yang kami sewa tersangkut dalam kesesakan ke hotel tempat penginapana kami.

Kebetuan pula pada hari tersebut adalah hari bercuti kerana sambutan ulangtahun kelahiran Sultan Siam maka terjadi kesesakan jalan raya yang membuat kami terus terlewat dari jadual asalnya untuk sampai ke Pasar Maeklong sebelum jam 10.00 pagi.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sejam setengah telah memakan masa hampir 3 jam dan kami sampai di sana sekitar jam 12.30 ptg bermakna kami telah terlepas keretapi yang dijadualkan melalui pasar ini pada jam 10.00 pagi.

Setelah bertanya kepada peniaga di pasar tersebut jam berapa lagi keretapi akan melalui pasar tersebut kami di maklumkan keretapiakaj sekali lagi melalui kawasan tersebut pada jam 2 petang nanti lalu kami mengambil keputusan untuk terlebih dulu pergi ke Pasar Terapung yang berada lebih kurang 15 minit perjalanan dari Pasar maeklong ini.

Hampir jam 2 petang kami sekali lagi datang ke Pasar ini dengan harapan dapat melihat sendiri bagaimana keretapi melintasi pasar ini dan nasib kami cukup baik kerana tidak sampai 10 minit kami tiba di pasar ini keretapi yang di nanti nantikan pun tiba.

Ramai pelancung yang kebanyaannya dari Malaysia sudah siap menunggu dengan kamera masing masing untuk merakamkan pengalaman yang tidak ada di tempat lain ini.

Pasar Maeklong yang terletak di Samut Songkram, Pasar ini sama sahaja dengan pasar yang lain dengan menjual buah-buahan tempatan; durian, mangga, lychee sayur-sayuran dan makanan tempatan termasuk makanan eksotik (Katak).

Tetapi keunikan yang ada pada pasar Maeklong ini akan mula terserlah apabila bunyi siren di bunyikan oleh pusat kawalan kereta api di sini. Para peniaga pasar malam akan menarik bahagian bumbung gerai mereka bagi memberi laluan kepada kereta api yang melintas. 
Setelah kereta api berlalu, peniaga akan menurunkan semula bahagian bumbung gerai mereka dan perniagaan di teruskan seperti biasa. 

Landasan kereta api yang di bina pada tahun 1905 di khabarkan menjalankan operasinya 7 kali sehari selama 7 hari seminggu.

Bersambung...

Siri 1 hingga 3 click link di bawah

KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM EDISI OSMAN TIKUS -Part 3 (Pasar Terapung)





Bahan jualan yang terletak di tepi rel tidak di angkat.


pelancung berebut merakamkan saat keretapi ini melalui pasar ini

Bumbung kedai siap di turunkan 10 minit sebelum keretapi ini melintas


ikan dan daging turut di jual di tepi landasan

sayur sayuran

betul betul atas landasan





Sotong saiz besar baru berharga lebih kurang RM7.50 saja sekilo (Nilai matawang tahun lalu)



KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH SIAM EDISI OSMAN TIKUS – Bahagian 7 (Pemandu pelancung yang setia)

Sejak kami tiba di Kota Bangkok sehinggalah malam terakhir kami di sana mereka berdua inilah yang membawa kami ke mana saja yang di minta.

Menyerdiakan perkhitmatan van yang selesa dan berada di dalamnya seolah olah berada di dalam mini disco.

Sapa sapa yang nak guna perkhimatan guide di Bangkok bolehlah hubungi Adew Gpo.....

Selasa, 15 Disember 2015

KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM EDISI OSMAN TIKUS -Part 3 (Pasar Terapung)

Pasar Terapung ini berhampiran dengan pasar atas landasan keretapi di Samut Songkhram. Jarak dari Bangkok ke sini lebih kurang 70km.

Kebetulan sewaktu kami sampai di sini adalah hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagindan Yang Di Pertuan Agung Sultan Siam maka suasananya agak meriah dengan berbagai acara air dan boleh di katakan semua warga Thailand memakai baju kuning pada hari itu.

Ada beberapa lagi pasar terapung di Thailand tapi tak sempat kami nak pi usyar.















KEMBARA SENIMAN JALANAN JELAJAH BUMI SIAM BERSAMA OSMAN TIKUS – Part 2 (22 jam atas keretapi)

Tempat tidur yang selesa

Dari Hatyai kami bertemu dengan 6 peserta yang naik di Butterworth dalam gerabak yang bersebelahan saja di mana 2 gerabak ini sebenarnya adalah membawa penumpang dari Malaysia dan apabila tiba di padang Besar kepala keretapi KTM akan di tukar kepada kepala keretapi milik Thailand.

Setelah keretapi ini tiba di stesen Hatyai pula dua gerabak dari Malaysia ini akan di sambung lagi dengan beberapa gerabak yang siap sedia menunggu bersama penumpang di stesen ini.
Jangkaan pada awalnya mengatakan menaiki keretapi dalam jangkamasa lebih 22 jam amat membosankan adalah meleset sama sekali. Satu kerusi hanyalah untuk seorang penumpang sahaja.

Apabila malam kerusi ini akan diubah menjadi katil atas dan bawah oleh pekerja keretapi ini. Dalam masa lebih kurang 5 minit sahaja kerusi yang lansung tidak di sangka boleh di jadikan katil tadi telah berubah menjadi tempat tidur yang menyelesakan siap tirai untuk menutup katil tersebut.

Di tambah lagi factor yang tidak membosankan mengunakan perkhidmatan keretapi ke Bangkok ini ialah bila 2 gerabak ini di penuhi oleh warga Malaysia yang masing masing berkongsi pengalaman mereka yang sudah banyak kali ke Bangkok.
Walaupun di dalam gerabak ini tidak di sediakan surau tapi ruangan tempat tidur yang agak luar pun sudah boleh di dirikan solat pada waktu subuh.

Merentasi bumi siam dari Butterworth ke Bangkok sejauh lebih 1,100 km dan memakan masa lebih kurang 23 jam dengan mengunakan keretapi yang merentasi seluruh Segenting Kera akan menyaksikan permandangan yang tidak ada banyak bezanya dengan bentuk muka bumi dan suasana yang sama dengan Malaysia.

Cumanya di Thailand jarak antara landasan keretapi dengan rumah terlalu hampir dimana di sesetengah tempat keretapi melalui betul betul belakang rumah ataupun kedai kedai.
Lebih kurang jam 1.00 petang tibalah kami di stesen keretapi Bangkok yang besarnya 2 atau 3 kali ganda dari stesen keretapi Kuala Lumpur dimana terdapat berpuluh landasan keretapi di situ.

Bersambung...

Tempat tidur bahagian atas
Ruangan antara gerabak yang tertutup dan tidak boleh merokok


Gerai gerai yang betul betul sebelah landasab keretapi



Pada waktu siang tempat tidur di tukar menjadi kerusi

Stesen Keretapi Hatyai

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve