To Live Is to Die

free counters

Rabu, 15 Disember 2010

PEMBETULAN KEPADA POSTING SURAT ADUN UMNO KECICIRAN...HABIS RAHSIA TERBONGKAR


BERHUBUNG DENGAN POSTING SEBELUM INI IAITU SURAT ADUN UMNO KECICIRAN...HABIS RAHSIA TERBONGKAR.
Adalah di maklumkan saya telah tersilap memasukan surat tersebut. Surat yang sebenar ialah yang di atas ini. Mohon maaf

SURAT ADUN UMNO KECICIRAN...HABIS RAHSIA TERBONGKAR


Kah kah kah...ini skrip lawak jenaka..kah kah kah..mana ada orang kalau dah boleh menang tak mau lawan kah kah kah...Ini sudah jadi macam kisah Mamak Aziz Kulim dengan Lebai Zul kulim ..kah kah kah... Boleh menang petisyen pilihanraya tapi tarik balik kes kah kah kah.. Rupa2nya lebai Zul sudah kena beli kah kah...Lebai pukimak sudah kautim dengan mamak anak benggali roti dari kampung Tawar Baling kah kah kah.

Serupalah dengan ini mamat..sudah cakap umno yang jual semua tanah melayu dalam forum tapi tak mau mengaku kah kah kah...lepas tu nak saman Harakah sebab kata harakah Fitnah..kah kah kah..lepas tu tak jadi saman la pulak kah kah kah...Ini sudak lawak pukimak...

Untuk cover malu mamat ni bawak keluaq skrip lawak ni kah kah kah...Orang semua dah tahu umno memang lawak..kah kah kah jadi tak perlu nak buat skrip lawak lagi la mamat umno oii kah kah kah

ULAMAK PUKIMAK KELUAR FATWA LAGI


Kah kah kah...Apa yang pak lebai ni dok merepek..menantang apa pluralisme... kah kah kah..Dia reti ka apa yang cakap... kalau tak reti cakap saja la bab macam mana nak setubuh..kah kah kah.

Semua menantang haram..yang tak haram hanyalah sokong umno kah kah kah...yang tak haram hanya bila duit masuk..kah kah kah..tutuh juboq haram tapi kongkek pompuan mongolia tak haram kah kah kah...

Sosialis haram..komunis haram..yang tak haram jadi pak lebai umno kah kah kah...

Inilah yang Karl Marx kata agama itu candu pada masyarakat. Marx tak anti agama tapi marx anti orang yang jual agama untuk menindas rakyat...

manusia ini jual agama untuk hidup mewah...manusia ini jual agama untuk menindas...
manusia jenis ini keluar hukum yang mereka sendiri satu haram tak tau apa benda... ini manusia pukimak...

Apa itu komunis apa iti sosialis apa itu pluralis..... tanya pada pakcik dan makcik yang bagi balik duit Rm100 kat Kerajaan Penang tu..tanya kat mamat umno yang dok pasang bendera dengan upah nasik bungkus tu..tanya pada puteri umno... kahkah kah..apa yang depa jawab? kah kah kah....

TEKS KHUTBAH JUMAAT JADI REBUTAN

KISAH KETUANAN MELAYU

Gambar ini diambil ketika saya membuat liputan di Kampung Chubadak, Sentul pada tahun Disember 2006. Peneroka bandar (atau penduduk setinggan dari kaca mata arus perdana) diarahkan untuk mengeluarkan apa-apa yang berharga sebelum rumah kayunya diranapkan jentolak. Tiada lagi ruang untuk harapan agar jangka rundingan dilanjutkan. Pembangkang, NGO dan media hanya menunggu masa perobohan berlaku.

Pada saat-saat akhir budak Melayu ini sempat terserempak dengan sebilah keris kayu dalam rumahnya. Maka dengan gembira dia mengeluarkannya dan menunjuk-tunjuk kepada kawan. Malah, budak-budak ini meniru gerak-geri pemimpin politik - berlagak menjulang keris kayu-nya di depan jentolak untuk "mempertahankan rumahnya" daripada dirobohkan. Orang dewasa yang terpinga-pinga dengan nasib masa depan mereka di situ, hanya tersenyum pahit dengan gelagat mereka...

Dua minggu sebelum budak ini menjulang keris kayu-nya, laungan "Ketuanan Melayu" melantun-lantun dalam bangunan PWTC. Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Hishammuddin Hussein menghunus dan menjulang keris Panca Warisan untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu". Bahangnya bertambah hangat, apabila sesetengah perwakilan mencurah minyak dengan ikrarnya "sanggup bermandi darah untuk mempertahankan Ketuanan Melayu"...

Untuk menamatkan kisah di Kampung Chubadak, keris kayu si budak gagal menghalang kemaraan jentolak berbadan besi. Malah tiada seorang pun perwakilan UMNO yang turun ke situ, bermandi darah untuk mempertahankan Kampung Chubadak. Saya tidak tahu ke mana budak dan keluarganya pergi selepas rumah mereka dirobohkan. Cuma saya agak pasti bahawa Kampung Chubadak warisan Minangkabao yang bersejarah ini akan hilang sebahagiannya, kalau bukan semua dari peta Kuala Lumpur.

Siapa TUAN di Kampung Berembang?

Pengalaman membuat liputan di tempat kejadian perobohan "setinggan" membuatkan saya agak geli ketika mendengar istilah "Ketuanan Melayu". Saya saksikan dengan mata sendiri bagaimana wanita Melayu berdiri di bawah pencakar jentolak untuk menghalang perobohan; bagaimana pelajar yang menduduki peperiksaan SPM terpaksa membuat persiapan terakhir di dalam khemah ketika hujan selepas Kampung Berembang diranapkan.

Malah saya tidak lupa kata-kata penduduk Kampung Berembang, Abdullah bin Ismail, 61, yang menjumpai cenderamata tertera "1968-1998", sebagai penghargaan terhadap sumbangannya selama 30 tahun dalam institusi kerajaan. Beliau berkongsi "kemegahannya" dengan saya yang berada di situ, sambil menoleh dan menuding jarinya ke arah serpihan rumah di belakangnya, "Sumbangan 30 tahun, dan ini dia balasannya." Sambil menahan sebak Abdullah Ismail berkata, "Saya percayalah, kalau komunis pun, dia akan bagi masa, bukan robohkan rumah awak serta-merta."

Sama ada Melayu mahupun bukan Melayu tidak akan merasai "Ketuanan Melayu" di Kampung Berembang pada tahun 2006. Dalam nada yang dibasahi kekecewaan, Ketua Wanita UMNO pertama di Kampung Berembang, Wan Kamariah binti Che Man (gambar kanan) berkata, "Orang India, Cina, Melayu kan sama saja? Tengok, siapa yang robohkan rumah kita sekarang? Bukan orang lain, orang Melayu!"

Siapakah Tuan yang diperlakukan sebegitu? Ketika saya membuat liputan di Kampung Chubadak Tambahan pada tahun 2006, seorang pakcik berumur 69 tahun menceritakan pengalaman dirinya. Mereka menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri Abdul Razak pada tahun 1968, berpindah ke Kuala Lumpur dari kampung untuk meningkatkan nisbah populasi Melayu dalam bandar. Realitinya, semakin pesat ibu kota ini dibangunkan, semakin mahal tanah yang dipijak. Akhirnya, peneroka bandar ini diberi nama baru sebagai penceroboh tanah, oleh pemaju dan kontraktor.

Kuota peluru untuk Aminulrasyid

Seandainya seseorang wartawan jujur dalam kerjanya di Malaysia, maka buku catatannya akan sarat dengan sejarah pengkhianatan demi pengkhianatan atas nama "Ketuanan Melayu". Saya gagal membayangkan betapa seramnya ketika berada dalam mahkamah untuk mendengar dengan telinga sendiri bagaimana puluhan butir peluru ditembak ke arah Aminulrasyid (gambar bawah), sehingga meninggalkan 30 lubang dan lekukan peluru pada kereta Proton Iswara yang dipandunya.

Hanya satu persoalan yang ingin saya ajukan kepada mereka yang menumbuk udara memperjuangkan "Ketuanan Melayu": Apakah ini kuota peluru untuk seorang budak bumiputera berumur 14 tahun?

Atas nama pembangunan, peneroka bandar diusir. Atas nama keselamatan, seorang budak 14 tahun ditembak bertalu-talu. Namun, apabila sardin, timun, tomato dan salad dirampas dari sandwich pelajar sekolah melalui Rancangan Makanan Tambahan, itu atas nama apa? Bukankah ia sesuatu yang meluat apabila orang-orang ini tanpa segan-silu membicarakan Ketuanan Melayu, sedangkan anak kepada Tuan disumbat dengan sandwich kosong?

Demi bangsa, agama dan negara

Untuk beberapa dekad kita dikerah untuk memperjuangkan retorik yang "gah" dengan titik peluh sendiri. Makcik-makcik yang menderma barang kemas untuk perjuangan "kemerdekaan" pada tahun 1950-an semestinya tidak terbayang bahawa "kemerdekaan" selepas 53 tahun bermakna anak cucunya perlu disembur meriam air dan gas pemedih apabila menuntut hak air di jalan raya. Anggota komunis yang bertempur dalam hutan semestinya tidak rela seandainya kemerdekaan yang diperjuangkan dengan titisan darahnya itu digunakan untuk menahan Mat Sah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri selama tujuh tahun tanpa perbicaraan.

Dan kini Melayu digembleng pula untuk mempertahankan "Ketuanan Melayu" - dengan titisan air mata Ummi Halfida di Utusan Malaysia. Saya tidak tertarik untuk membandingkan sama ada air matanya lebih bersinar daripada cincinnya. Saya juga tidak berminat apakah lebih bermakna untuk membincangkan hubungan yang berlegar antara Anwar, Azmin dan Shamsidar Taharin, berbanding dengan kekayaan yang berlegar antara Vincent Tan, Ananda Krishnan, Mirzan Mahathir dan Nazir Razak.

Persoalannya, apakah titisan air mata Ummi Hafilda mampu menjamin keselamatan seorang budak 14 tahun apabila pulang dari warung mamak selepas menonton bola pada lewat malam? Apakah air matanya mampu meredakan kesakitan mereka yang disembur air meriam dan gas pemedih mata, ketika menuntut hak air di jalan raya?

Betul, Ummi Halfida menitiskan air matanya untuk retorik yang gah berbunyi "Ketuanan Melayu". Namun, di sebalik retorik yang "gah" ini - siapa pula yang menitiskan air mata? Demi "ketenteraman awam", isteri dan anak tahanan ISA perlu menitiskan air matanya kerana perpisahan. Di sebalik "keselamatan negara", seorang kartunis bernama Zunar dipindahkan lima balai polis dalam masa sembilan jam - siasatan terhadap bahan ketawa berakhir dengan bahan ketawa sendiri...

Saya enggan bersikap sinis untuk mempersendakan Ketuanan Melayu. Namun, untuk saya, Melayu hanya jadi Tuan, apabila setiap tuduhan terhadapnya dibicarakan secara terbuka di mahkamah; Melayu hanya jadi Tuan, apabila tidak perlu takut untuk berkumpul dan bersuara di jalan raya - tanpa disembuh meriam air dan gas pemedih; Melayu hanya jadi Tuan, apabila bebas ketawa tanpa perlu memohon lesen; Melayu hanya jadi Tuan, apabila ibu bapa tidak perlu gelisah jikalau anaknya pulang dari warung mamak selepas menonton bola; Melayu hanya jadi Tuan, apabila sandwich anaknya dilengkapi sardin, timun, tomato dan salad...

Saya tidak terlupa apabila jiran Aminulrasyid menyifatkan bunyi tembakan pada malam itu bagaikan bunyi mercun. Dan bunyi itu menghantui saya sehingga hari, setiap kali letupan bunyi bunga api kedengaran. Saya semakin teragak-agak, apakah itu bunga api untuk meraih Ketuanan Melayu, ataupun seorang lagi Aminulrasyid yang sedang dikejar dalam ketakutan?

CARA -CARA BLOGGER UMNO MENGONGKEK



Kenali propaganda Blogger UMNGOK

Bagaimanakah taktik blogger-blogger upahan UMNGOK memainkan peranan mereka menyebarkan propaganda. Satu perbezaan ketara antara blogger-blogger Mesra-Barisan Nasional dan Blogger-blogger Mesra-Pakatan Rakyat ialah, mereka ini lebih kurang sama kisahnya dengan kempen Pilihanraya kedua-dua parti. Blogger Barisan Nasional diberi upah oleh 'tuan' mereka, manakala Blogger Pakatan Rakyat terdiri daripada blogger-blogger sukarela.

Salah satu buktinya, anda boleh lihat biasanya blogger Pakatan Rakyat ada meletakkan iklan di blog-blog mereka untuk mendapat sedikit sumber kewangan walaupun sebenarnya taklah banyak mana pun selain itu update blog pun kurang kerana kebanyakkan blogger PR adalah penulis separuh masa. Sebaliknya blogger-blogger pro Barisan Nasional tidak meletakkan iklan tetapi hanya mengharapkan disuap dengan makanan oleh 'tuan' mereka sahaja. Malah mereka lebih kerap mengemaskini blog (update) kerana majoriti mereka menjadi blogger sepenuh masa.

Taktik Blogger UMNGOK

Salah satu taktik serangan propaganda blogger UMNO dan Barisan Nasional ini pula, secara "hit and run". Mereka akan menyerang secara berkumpulan, kemudian bersembunyi bagai kumpulan beruk-beruk dan monyet yang menyerang tanaman orang kampung. Apabila ada PRK contohnya, mereka akan membuat cerita bohong atau fitnah dengan selamber tanpa memikirkan dosa. Mereka akan bersepakat mengeluarkan cerita secara serentak, atau bergilir-gilir agar sesuatu isu itu menjadi fenomena dan hangat di satu-satu masa. Mereka tidak kisah walaupun tahu isu fitnah tersebut diketahui akan terbongkar. Apa yang penting bagi mereka, PRK sudah berlalu dan undi sudah beralih kepada Barisan Nasional walaupun dengan cara fitnah.

Satu lagi taktik yang sangat berkesan digunakan oleh blogger Mesra-UMNGOK ini pula ialah taktik 'Khabar angin'. Taktik ini dilihat sangat berkesan di dalam menyebarkan propaganda ke dalam fikiran pembaca, sedikit demi sedikit. Mungkin anda tidak perasan taktik ini, namun sebagai seorang penulis blog, ReJaM© sangat masak dengan perangai mereka ini.

Ibaratkan seorang budak kecil berumur 3 tahun datang membawa berita kepada anda bahawa 'ada zirafah di belakang rumah anda'. Tentu sekali anda sukar mempercayainya kerana budak kecil berumur 3 tahun siapalah nak percaya cakapnya kalau melibatkan hal yang agak fantasi begini? Namun sekiranya datang seratus budak kecil berusia 3 tahun datang membawa berita yang sama, tak banyak sikit tentu akan membuatkan anda ingin melihat bukan? Tapi percayalah, tiada zirafah di belakang rumah anda!

Inilah taktik yang dilihat sangat berkesan dimainkan oleh blogger-blogger UMNGOK bagi menyebarkan propaganda secara perlahan-lahan.

Kepada blogger-blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyusun koordinasi Blog-blog mesra PR Senjata tajam ini jangan dibiarkan tumpul!

ReJaM© "Bersatu teguh bercerai roboh! Budak darjah satu pun tau pepatah ni!"

BAPAK SAYFOOL JUMPAK SULTAN SURUH TENGOK JUBOQ ANAKNYA


KUALA LUMPUR - Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.

Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada pukul 3 petang.

Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.

Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 1)


1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

4. Dokumen berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

5. Setelah tiga hari peralihan kuasa Kerajaan Negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilaporkan telah dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

6. Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13hb. Mac, 2008 bagaimanapun berjaya dihalang oleh Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang kerana mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar Kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar Negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

7. Pembohongan tentang Konsultansi Juru-audit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juru-auditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28hb. April, 2008, Juru-audit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi Bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31hb. Disember, 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juru-audit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31hb. Disember, 2007 kepada anggota-anggotanya.

8. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan iaitu Meram Holdings.

9. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Sub-kontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

10. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) ada dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. S

ZAID IBRAHIM MEMBELI KOPIAH PUTIH DI PETALING STREET

Maka hari ini akan sahlah Zaid menjadi seorang ketua para lebai-lebai di Malaysia ini. Dengan tak payah bersusah payah, (tidak bermujahadah kata Pak Lebai) Zaid dengan mudah terus boleh menjadi ketua para lebai.

................................................................................................
Zaid Ibrahim
KUALA LUMPUR, 15 Dis — Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mengadakan mesyuarat tahunan di Lembah Klang pagi ini dengan harapan Datuk Zaid Ibrahim akan membawa parti itu ke era baru dalam landskap politik Malaysia.

Menurut Presiden Akim Zakaria Salleh, perhimpunan agung kali ini akan memberi tumpuan ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Zaid dipercayai menyertai Akim, parti yang berpejabat di Kelantan, dalam usaha menerajui sebuah parti baru selepas meninggalkan PKR bulan lalu.

“Jadi mesyuarat kita esok (hari ini) adalah untuk memilih barisan kepimpinan baru untuk memperkuatkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum.

“Kita perlukan sokongan semua barisan kepimpinan, semua ahli termasuk Datuk Zaid untuk melakukan perubahan yang besar kepada landskap politik negara.

“Saya juga percaya Akim selepas ini akan menjadi persaingan kepada PAS dan Umno, dengan kemunculan Datuk Zaid saya rasa beliau boleh gunakan kelebihan, kekuatan dan pengalaman untuk membantu parti menjadi sebuah parti yang kuat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Blackend Is The End

Dyers Eve