To Live Is to Die

free counters

Rabu, 19 Januari 2011

BICARA TANPA TAJUK TANPA BERITA TANPA TANPA!

PILIH PELACUR DALAM AKUARIUM




PELANGGAN dipercayai sedang memilih pelacur yang dipamerkan di dalam ‘akuarium’ sebelum menikmati khidmat disediakan di sebuah rumah kedai di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, semalam.






KUALA LUMPUR 31 Dis. – Pelbagai taktik digunakan premis pelacuran untuk menarik minat pelanggan sehinggalah ada antaranya sanggup menempatkan gadis seksi berkenaan di dalam ‘akuarium’.

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Avenue Park, Kuchai Lama di sini, seramai sembilan gadis warga China ditahan polis ketika memperagakan diri masing-masing.

Selain membuat pelaburan tinggi mengubah suai premis kepada berciri moden dan mewah, pemilik premis turut menyediakan kad perniagaan yang mempamerkan gambar gadis seksi untuk promosi.

Siasatan polis mendapati, pemilihan pelacur digelar China Doll gred A itu dilakukan secara rapi dengan memilih hanya berwajah cantik dan memiliki bentuk tubuh menggiurkan.

Kegiatan dipercayai baru 10 hari beroperasi itu menawarkan khidmat seks biasa RM160 manakala pakej istimewa RM180 sejam dengan mandi bersama.

MAYAT TANPA KEPALA DI TEMUI DI SELAGOR

Wau.kecut perut aku bila tau kat malaysia ni ada tentera jihad..Fuhh gila babi ni...Jangan dok buat mukat dengan tentera jihad ni.

Tentera jihad ni bukan kenai orang, sapa yang lawan Islam mesti kena potong punya. Eeee takutnya..

Hari tu tentera jihad potong kepala lembu usung di Bangunan SUK Selangor, hari ini tentera jihad potong kepala ayam pulak...












Itu la pasai hari tu aku dah kasitau sama lembu dan ayam jangan main2 dengan tentera jihad tapi depa tak dengaq...kan tak pasai2 kena potong kepala.

........................................................................

MP Serdang terima 'ugutan bunuh'

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini. NONEMenurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang

. “Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh. Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera 'Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad', “ katanya. teo nie ching

Chen tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak yang bertanggungjawab tetapi berkata akan membiarkan polis menjalankan siasatan, tetapi berkata mereka akan meminta pihak berkuasa meningkat kawalan keselamatan.

“Jadual Teo (atas, kiri) tidak akan terjejas dan beliau akan menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa,” katanya.

Teo membuat laporan pada ibu pejabat polis daerah Kajang pada jam 11.45 pagi ini.

SURAT PARTI KOMUNIS MALAYA KEPADA KERAJAAN MALAYSIA YG PATUT RAKYAT TAHU

PKM telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana telah menjelaskan tujuan parti kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan di Malaya serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.

Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksnakan kemerdekaan tanah air.

Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat, Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.

Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidakpun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaiatu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.

PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segala penyerahannya kepada Malaya dahulu.

Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita.

PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itu semestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan menasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.

Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan menasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Saudara-saudara di seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan, meleburkan niat jahat British “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama berusaha.

Jawatankuasa Pusat

Parti Komunis Malaya

5 Mac 1956

nota: dokumen surat kenyataan PKM ini disiarkan atas kerjasama Muzium Sejarah, Kampung Perdamaian Sukhirin

KAWAN SALIM PUTERA REVOLUSI SUNGAI PAHANG

CLICK SINI UNTUK BERITA DARI PERKAMPUNGAN BEKAS PERAJURIT TERPUJI TANAHAIR


Salim

1. Nama asalnya Awang Derus bin Mat Kassim, nama perjuangannya Salim

2. Lahir di Kampung Kerinau, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Pahang

3. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik, 3 diantaranya menyertai revolusi bersama Rejimen Ke-10.

4. Sebelum darurat, beliau menyertai pertubuhan patriorik di bawah PKMM dan PKM, menjadi anggota API, PETA, bertugas mengutip derma, menabur siaran memperluas pengaruh perjuangan untuk kemerdekaan tanah air.

5. 20 Jun 1948, berundur ke hutan mengelakkan diri dari tangkapan penjajah dan bergabung membentuk pasukan gerila. Beliau bertugas memimpin regu penyusun massa di kampung Kerinau, Paya Pulai dan Batu 5.

6. Pernah memimpin unit produksi membuka ladang untuk menambah perbekalan pasukan.

7. Tahun 1950 ditugaskan memimpin unit penyusun massa di Kampung Puchong, Bohor, Batu Papan, Batu Bor, Karai dan Kuala Teriang. Pernah diserang oleh kumpulan parang panjang di Kuala Teriang.


Hasnah
8. Awal tahun 1953, ikut serta dalam perjalanan jauh Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ikut serta dalam regu mencari makanan hutan untuk pasukan. Ketika ini makanan pasukan hanya bersandar pada makanan hutan seperti sayuran liar, daun-daun, buah-buahan hutan, binatang dan ikan. Di Ulu Kinta, beliau ditugaskan menyertai regu pimpinan Abu Samah menyusun massa di Kawan Sungai Siput. Dalam masa yang sama beliau juga ditugaskan menyusun massa Orang Asli dan berburu binatang.

9. Dikawasan sempadan bertugas sebagai regu pengawal, pernah mengiringi Rashid Maidin ke perundingan Baling pada tahun 1955.

10. 1961 bertugas memimpin regu penyusun massa di Kampung A (Kuala Kail) Daerah Banang Star, Yala. Di samping beliau juga memelihara seekor gajah untuk memunggah perbekalan pasukan. Ketika diadakan Sekolah Parti Pertama Utara Malaya di Kawasan Rejimen Ke-10, Kawan Salim memberikan sumbangan penting mengusahakan perbekalan pasukan.

11. Beliau bertemu jodoh dengan seorang pemudi bernama Hasnah dari Kampung Kuala Kail yang menyertai revolusi selepas sekolah parti pertama Utara Malaya.

12. 1968 bertugas memimpin unit produksi di kawasan sempadan, menanam sayur, ubi dan lain-lain untuk pasukan

13. 1973 ditugaskan dalam Pasukan Penggempur Ke-14, sebagai salah seorang anggota pengarah, bergerak di kawasan Ulu Kelantan. Pernah banyak kali mengarahkan pertempuran melawan kempen kepung basmi tentera kerajaan Malaysia.

14. 1976, setelah pasukan penggempur Ke-14 diperintahkan pulang ke kawasan sempadan, beliau ditransfer ke Pasukan Penggempur Ke-15, menjadi salah seorang anggota pengarah di pasukan tersebut. Dalam masa yang sama beliau juga memimpin regu produksi di kawasan berhampiran garisan sempadan Perak-Thailand.

15. Beliau meninggal dunia kerana sakit pada 21/11/1989.

TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN PM, WARGA TUA SIHAT SEMULA SETELAH 2 TAHUN TERLANTAR SAKIT


SEORANG peneroka warga emas seperti tidak percaya apabila rumahnya di Felda Tenang, Labis, menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih mengharukan, kunjungan tersebut memenuhi impian Bedah Saaid, 81, yang sudah hampir dua tahun terlantar sakit akibat angin ahmar.

Menurut anaknya, Jariah Salleh, 48, dalam tempoh itu, ibunya sentiasa menunjukkan keinginan untuk berjumpa Perdana Menteri setiap kali gambarnya ditayangkan di televisyen.

Perdana Menteri berada di Felda Tenang dalam kunjungannya sehari termasuk di Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat, Segamat.

*** sapa pandai teka siapakah orang tua pendek di sebelah Pak Najib tu? kah kah kah..sapa betul dapat hadiah bini muda kah kah kah..

Surat terbuka keluarga Teoh kepada PM:


Encik Perdana Menteri,

Tahukah anda, keputusan inkues amat memilukan buat keluarga kami? Perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang tidak menemui jawapan, dan membawa kes kematian Beng Hock ke titik asal. Apakah begitu sukar untuk kami mendapatkan kebenaran?

Anda memekakkan telinga meskipun berkali-kali kami mengadu ketidakadilan perbicaraan inkues. Berkali-kali kami mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja, tetapi dibalas dengan respon yang pasif daripada anda. Dalam pertemuan kita yang lalu, anda berjanji bahawa kerajaan akan menyiasat punca kematian Beng Hock sepenuhnya. "Tidak akan melepaskan mana-mana kemungkinan", inilah yang dijanjikan kepada keluarga kami - kebenaran yang sepenuhnya.

Ya, kami menuntut kebenaran yang sepenuhnya. Keputusan inkues menunjukkan bahawa kecederaan Beng Hock pada bahagian leher terjadi sebelum kejatuhan dari tingkat atas. Keluarga kami ingin tahu, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut, dan bagaimana kecederaan tersebut terjadi? Siapa pula yang harus bertanggungjawab terhadap kecederaan tersebut? Ini kerana Beng Hock seorang yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kecederaan sebelum disiasat Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sudah dua minggu keputusan inkues diumumkan. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kecederaan Beng Hock pada bahagian leher, memandangkan majistret menganggap wujud kesangsian bahawa Beng Hock mungkin dibunuh. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kenyataan yang saling kontradisi antara pegawai SPRM?

Inkues kematian Beng Hock telah menjadi kes misteri, dan ia menjejaskan imej kerajaan dan sistem kehakiman.

Anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 7 Januari 2011, tetapi terma siasatan tidak termasuk punca kematian Beng Hock. Keputusan ini langsung bukan kemahuan keluarga kami. Suruhanjaya Diraja yang hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukan punca kematian Beng Hock - tidak menghukum pihak yang harus dipertanggungjawabkan. Ia sangat mengecewakan kami.

Encik Perdana Menteri, kami kesal dengan pengumuman anda. Anda tidak pernah mengambil kira pandangan kami, lantas mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja ini secara bersendirian, dan menyerahkan senarai panel untuk diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agung. Apa yang kami harapkan adalah satu Suruhanjaya Diraja yang berkecuali, telus dan berkredibiliti. Ketidaktelusan sepanjang proses membuat keputusan ini amat membimbangkan kami. Dengan terma dan kuasa yang terbatas ini, Suruhanjaya Diraja akan berakhir sebagai satu inkues lagi.

Encik Perdana Menteri, kami telah menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan berjaya mengumpul kira-kira 80 ribu tandatangan rakyat. Tuntutan agar Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian Beng Hock telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada khalayak umum. Selepas anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, 126 NGO telah menggesa agar terma Suruhanjaya Diraja ini diperluaskan untuk merangkumi siasatan punca kematian Beng Hock, termasuk MCA, Gerakan, Majlis Peguam, Aliran dan sebagainya.

Jelas, tuntutan agar siasatan terhadap punca kematian Beng Hock disokong suara rakyat. Ia menjadi sesuatu yang mengingkari semangat demokrasi seandainya suara rakyat ini diabaikan.

Anda pernah memetik ahli falsafah Dinasti Sung, "Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le", untuk menyatakan pandangan anda. Anda juga sering melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan". Matlamat yang digariskan untuk diri ini amat kami sanjungi. Namun, seandainya anda tidak mendengar suara rakyat, memperlekehkan gesaan 80 ribu rakyat dan 126 NGO untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja, apakah ini selari dengan "Rakyat Didahulukan", dan "xian tian xia zhi you er you" (bimbang terhadap masalah rakyat sebelum rakyat gelisah)?

Keluarga kami bersetuju dengan seruan 126 NGO, untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja agar merangkumi siasatan terhadap punca kematian Beng Hock, dan melantik tujuh orang tokoh berkredibiliti dan memiliki rekod baik dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia. Kami berharap agar PM memperlahankan langkah untuk menyerah senarai agar diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengarlah suara hati keluarga kami, agar kami dan rakyat menaruh yakin terhadap Suruhanjaya Diraja yang anda tubuhkan.

Encik Perdana Menteri, tiada bezanya antara Teoh Beng Hock dengan ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang lain. Negara harus menghargai nyawa dan sumbangan mereka yang bernilai. Perlembagaan Persekutuan harus menjamin hak asasi mereka untuk terus hidup. Tiada seorang pun yang harus nyawanya diragut dengan zalim dan kejam di atas tanahair ini. Tiada seorang pun yang harus didera dan menanggung keganasan sistem ini. Hormati nyawa dan maruah, menjamin hak asasi manusia adalah lambang sesebuah negara yang gemilang. Kami berharap agar kerajaan ikhlas untuk menangani kes Teoh Beng Hock - memberi keadilan kepada Beng Hock dan memberi kebenaran kepada keluarga kami.

Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami. Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.

Terima kasih.

Daripada,
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)

RM75,000.00 BERTABURAN ATAS JALAN


Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter. Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

P. Veerasenan Di Tembak Mati.


P. Veerasenan yang telah berjuang untuk kemerdekaan kaum buruh seawal umur belasan tahun lagi, telah menjadi pemimpin pejuangan pekerja-pekerja pelabuhan di Sinagapura pada umur 22 lagi. Keberanian, dedikasi dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Veerasenan, menyebabkan beliau seterusnya menjadi pemimpin kesatuan kebangsaan iaitu Pan Malaysian .Federation of Trade Union (PMFTU) pada tahun 1946.

Perjuangan dan kejayaan yang signifikan oleh P.Veerasenan dan komrad-komradnya ketika itu adalah peningkatan gaji sebanyak 40%, hari kerja dikurangkan kepada 6 hari berbanding 7 hari dan 8 jam kerja sehari. Selain itu, beliau juga berjaya menuntut majikan untuk menyediakan air bersih, tempat kediaman dan bilik air kepada para pekerja.

Sebelum zaman merdeka, iaitu pada awal tahun 1940an, kesatuan sekerja sangat kuat dan ramai pemuda begitu bersemangat demi memperjuangkan hak-hak pekerja. Kerajaan British pula tidak suka akan kesatuan sekerja yang militan dan progresif, maka mereka mengambil tindakan yang agresif untuk menghapuskan semua gerakan pekerja yang memperjuangkan hak ... Lihat seterusnya..dan maruah para pekerja ketika itu. gerakan kiri di Malaya dan Singapura ketika itu. Ramai pejuang pekerja dihukum gantung, di tembak mati dan dibuang negara oleh penjajah British yang kejam. P.Veerasenan pun telah ditembak mati pada bulan Mei, 1949 ketika cuba menyelamatkan seorang lagi komrad perjuang pekerja iaitu “Malay” Ganapathy yang kemudiannya telah di hukum gantung oleh British

Betapa tinggi semangat juang yang ditunjukkan oleh komrad-komrad P. Veerasenan dan Ganapathy dalam usia yang muda ini, sememangnya ini menjadi pedoman dan panduan bagi ratusan pemuda untuk berjuang demi hak rakyat. Mereka inilah antara pahlawan sejati dalam sejarah perjuangan rakyat. Jasa dan semangat juang masih diperingati malah, menjadi inspirasi kepada ratusan pemuda untuk melibatkan diri dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat.....

Blackend Is The End

Dyers Eve