To Live Is to Die

free counters

Jumaat, 8 April 2011

PENDEDAHAN SIRI KEDUA USTAZ PASTI YANG TAK SENONOH (BERMESEJ DENGAN AL USTAZAH PASTI JAM 2 PAGI)


Mula sekali Abu Nawas nak kasitau mengapa Abu Nawas dedahkan cerita tak senonoh mamat ni. Adakah kerana mahu memberi aib kepadanya? Mengapa Abu Nawas tak guna saluran untuk laporkan perkara ini kepada pihak di dalam Pas? Mengapa itu dan mengapa ini?

Sebenarnya Abu Nawas nak kasitau orang macam yg kononnya ustad ni memang cukup pandai berlakon warak lagi zuhud. Abu Nawas cukup kenal dengan perangai tak senonoh mamat yang nama Mat Zanm ni tetapi oleh kerana dia pandai berlakon maka dengan mudah dia kelentong pimpinan Pas.

Cuma setakat ini tidaklah abu Nawas kena cekup lagi kalau Abu nawas bikin cerita fitnah. Kalau berada di pihak benar apa yang di tunggu lagi? mengapa cuba lari untuk bersekemuka. kalau dah pengecut nak bertumbuk kenapa takut untuk berhujah.

Ok ok tak payah cerita panjang. Kita teruskan bahagian kedua pendedahan cerita tak senonoh seorang ustaz yang juga orang kuat PASTI negeri Pulau Pinang.

CERITA 1 (MESEJ DENGAN USTAZAH PASTI BINI ORANG)

Bila Abu Nawas dedahkan cerita ini dulu, si ustazah ni tak habis habis call Abu Nawas minta tolong agar namanya tidak di siarkan. Rayu itu rayu ini maka last sekali dia minta tolong Pengarah Pasti Negeri Pulau Pinang (Asri Harun) call Abu Nawas bikin kautim.

Pengarah Pasti negeri bikin janji pada Abu Nawas yang dia akan settle kes ni dengan segera. Au Nawas pun setuju dengan memberi tempoh kepadanya. Maka selamatlah si ustazah ini buat sementara waktu.

Oleh kerana sehingga kini janji tersebut telah di nodai dan di mungkiri maka hari ini Abu Nawas nak dedahkan mesej al ustaz kepada al ustazah ni yang pertama.

Mesej di bawah ini adalah bukti si ustazah ini bersekongkol dengan si Al Ustaz walaupun si ustazah sewaktu merayu rayu pada Abu Nawas mengatakan dia memang tak sukakan al ustaz dan dia dan pengarah Pastilah orang utama yang menjadi penghalang kepada al ustaz untuk menjadi ahli majlis MPSP.

Oh ya kalau Pengarah Pasti penang terlupa yang dia ada sms pada abu Nawas kasitau la. abu Nawas masih simpan lagi mesej2 tu dan kot kot suami al ustazah pun nak baca jugak sms isterinya yang merayu pada abu Nawas supaya jangan pamerkan namanya juga masih Abu Nawas simpan.



Cuba lihat mesej kedua pulak.


Wah bukan saja dok bermesej jam 2-3 pagi tapi siap dengan nak scan scan pulak. Amboi rupa rupanya al ustaz ni minat sangat bab dalam baju al ustazah ni. ish apa nak buat yang si ustazah pun walaupun dan beranak 6 masih melayang al ustaz jam 2-3 pagi. Kot dia bangun tahajud kot sambil sambil tu layan la FB dulu keh keh keh.

Ok Ok cukup dlu dengan pendedahan untuk hari ini.. Abu nawas tunggu depa pi buat repot polis dulu sebab depa kata ni fitnah. ala bukannya depa tak dak no talipon Abu Nawas. Cal saja keh keh keh

Kisah tak senonoh al ustaz pasti ni bisa di ikuti di sini :-

KISAH 3

TOK BOMOH PRET BUDAK SEKOLAH TINGKATAN 5 DI KEDAH


KUBANG PASU 8 April – Seorang bomoh dari Simpang Kemboja, Ayer Hitam di sini ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang pelajar Tingakatan Lima sewaktu menerima rawatan di rumah bomoh tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf berkata, mangsa ke rumah bomoh tersebut bersama kedua ibu bapanya untuk membuang hantu yang dikatakan terdapat di dalam badannya.

"Pelajar tersebut pada mulanya pergi ke rumah bomoh tersebut pada hari Isnin lalu kira-kira pukul 7 malam dan bomoh tersebut memberitahu bahawa ada hantu yang menumpang di badan pelajar berkenaan.

"Bomoh tersebut kemudian menyuruhnya datang semula keesokan hari untuk menerima rawatan susulan," ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pelajar tersebut diarahkan memasuki sebuah bilik bersama bomoh yang berusia 36 tahun itu manakala ibu bapanya menunggu di ruang tamu.

"Ketika kejadian isteri bomoh berada di dapur dan selepas kejadian rogol ini berlaku pelajar tersebut menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya.

"Pihak kami menerima laporan daripada keluarga pelajar tersebut pada hari Rabu dan bomoh tersebut ditahan di tempat kerjanya di Kolam Udang Kerpan pada petang hari yang sama," katanya.

Jelasnya, bomoh tersebut kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan

SARJAN MAIL PUN KATA "DEPA MATI TAK SAMA" JUGAK


SERDANG: Polis meminta orang ramai tidak menyamakan kes kematian pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, dengan Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock walaupun kedua-duanya berlaku di pekarangan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika menegaskan perkara itu, berkata setiap kes ada perbezaan jalan cerita dan faktanya.
“Kita tidak boleh menghukum dua kes berkenaan adalah sama hanya kerana kedua-dua kematian itu berlaku di kawasan SPRM, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut.
“Bukan saja masyarakat, polis sendiri juga mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam kes terbaru ini.... jadi tidak adil sekiranya masyarakat membuat kesimpulan seolah-olah ada perkara tidak betul berlaku,” katanya selepas melawat Hospital Serdang sempena Hari Peringatan Polis ke-204, semalam.

Ahmad Sarbani, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, kelmarin.

Beliau yang ditahan SPRM pada 1 April lalu dan dibebaskan dengan jaminan pada keesokan hari, adalah antara 62 kakitangan KDRM yang ditahan di seluruh negara berhubung siasatan rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram membabitkan berbilion ringgit.

Mangsa dikatakan datang ke pejabat SPRM Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat kesnya sebelum ditemui mati.
Beng Hock pula ditemui mati di Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Massalam, Shah Alam, pada 16 Julai 2009.

LAPORAN AWAL KEMATIAN PAKCIK KASTAM DI BANGUNAN SPRM


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan laporan awal bedah siasat ke atas mayat pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohammed, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Rabu lalu, mendapati sebahagian kecederaan dialami mangsa wujud kesan konsisten akibat jatuh bangunan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan ujian makmal bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian selain mengesahkan keputusan penuh bedah siasat.
Bercakap kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di sini sebentar tadi, beliau berkata setakat ini polis sudah merakamkan percakapan enam pegawai SPRM Wilayah Persekutuan bagi membantu penyiasatan.

KISAH USTAZ DAN USTAZAH PASTI YANG TAK SENONOH


Dunia zaman sekarang ni penuh dengan lakonan. macam macam yang depa lakonkan untuk tunjuk yang depa ni baik dan soleh lagi solehah.

Hari ini Abu Nawas nak dedahkan kisah seorang ustazah Pasti yang dok melayan seorang ustaz Pasti sampai jam 2 pagi.. Ish ish ish..dasyat betul. Dah ada laki pun dok melayan jantan lagi. Dah ada anak pun dok mengalak lagi.

walaupun perangai ustaz dan ustazah ni tak senonoh, semuanya ok saja sebab depa boleh cari dalil dan nas untuk menghalalkan perbuatan depa tu...

Tak pa tak pa..hari ni Abu Nawas nak dedahkan mesej di Facebook Ustaz yang nampak warak ni. Tapi bukan untuk posting yang ini. Kerap kerap la mai melawat blog Abu Nawas hari ni kalau nak tau sapa dia ustazah dan ustaz tu.

Kita kasi peluang dia cari alasan nak kelentong laki dia dulu.. Kalau tak betul dan fitnah sila repot polis. Sms dia merayu kat Abu Nawas agar jangan siarkan namanya pun masih abu Nawas simpan. Kot kot laki dia nak tengok bolehlah abu Nawas nak tunjuk...

Tungguuuuuu

Ulangtahun ke-90 Revolusi Oktober: Merenung Kembali Sejarah, Mencari Inspirasi Baru


Revolusi Oktober di Russia pada tahun 1917, merupakan pencapaian yang paling besar dalam sejarah perjuangan kelas pekerja dan rakyat tertindas di dunia. Revolusi Oktober telah mendirikan Negara Pekerja yang pertama dalam sejarah manusia, iaitu sebuah negara diperintah oleh kelas pekerja, petani dan rakyat biasa.

Walaupun Negara Pekerja yang pertama menemui kegagalan dan Kesatuan Soviet tidak lagi wujud setelah kejatuhannya secara rasmi pada tahun 1991, sinaran yang terpancar dari Revolusi Oktober adalah masih begitu terang sekali sehingga kita perlu sentiasa mengkajinya dan menjadikannya satu pedoman untuk meneruskan perjuangan kelas.

Revolusi Oktober sudah menjadi sesuatu yang lampau, tetapi pengajaran dan ilham daripada Revolusi Oktober, masih menjadi begitu bernilai untuk kita kecapi.

“Segala revolusi adalah perubahan mendadak dalam kehidupan massa rakyat jelata. Jika perubahan ini tidak matang, maka tidak dapat berlakunya revolusi yang sebenarnya. Sebarang perubahan dalam kehidupan setiap orang, akan membolehkannya untuk mempelajari banyak perkara, membolehkannya mengalami dan merasai banyak perkara. Begitu juga dengan revolusi, ia membolehkan rakyat keseluruhan memdapat pengajaran yang paling bernas dan paling berharga dalam masa yang sangat singkat.” (Lenin, Julai 1917, Lessons of Revolution)

“Saya cintai Russia dan semua orang yang setia menyokongnya dalam pertatungan hebatnya dengan kuasa raksasa ketidakprihatinan dan ketamakan imperialis. Apabila saya pertama kali mendengar perkataan yang menakjubkan, ‘Republik Soviet Russia’, ia seolah-olah satu cahaya baru menyinari kegelapanku. Perkataan yang bersinar, menginspirasikan harapan ini, ‘Republik Soviet Russia’, bermakna akhirnya prinsip-prinsip kebenaran, keadilan dan persahabatan memperolehi tanah berdiri di bumi ini, dan fikiran ini bergerak seperti garis bersinar yang menembusi tahun-tahun kegelapan. Kita telah menyaksikan perjuangan luar biasa Russia dalam dunia dibutakan oleh ketamakan dan penghinaan.” (Helen Keller, 1921, Help Soviet Russia)

BAHAGIAN I: IMBASAN KEMBALI

(nota: Kalendar yang dipakai oleh Russia semasa zaman sebelum Revolusi Oktober adalah Kalendar Julian yang 13 hari ke belakang Kalendar Gregorian yang kita biasanya pakai hari ini. Kesatuan Soviet menggunakan Kalendar Gregorian mulai tahun 1921. Rujukan tarikh tulisan ini adalah berdasarkan Kalendar Gregorian. Oleh itu, Revolusi Oktober sebenarnya berlaku pada awal bulan November 1917.)

Revolusi Februari

Revolusi Oktober merupakan satu revolusi yang tercetus di atas dasar perlawanan kelas yang didirikan selepas Revolusi Februari.

Sebelum Revolusi Februari berlaku, masyarakat Russia diperintah oleh pemerintahan Tsar yang zalim. Ekonomi Russia masih didominasi oleh pertanian, dengan perkembangan pesat mula berlaku di bandar-bandar besar seperti Petrograd, ibu kota Russia. Walaupun sistem ekonomi Russia mundur berbanding dengan kuasa-kuasa Eropah yang lain seperti Britain dan Perancis, Russia telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang utama sejak abad ke-18. Kawasan jajahan Empayar Russia menjajar dari Eropah Timur bersebelahan dengan Austria-Hungary sehingga Timur Tengah bersempadan dengan China dan Jepun.

Krisis imperialis yang mendalam telah mencetuskan Perang Dunia yang Pertama pada tahun 1914. Empayar Russia mengambil bahagian dalam perang imperialis tersebut dengan menyebelahi kuasa-kuasa besar tradisional Eropah seperti Britain dan Perancis, dalam menentang empayar yang baru berkembang seperti Jerman.

Peperangan imperialis itu adalah begitu zalim dengan pemerintah setiap negara mengerahkan golongan pekerja dan rakyat biasa untuk bertempur di medan perang. Anak-anak muda kelas pekerja dari negara berlainan membunuh sesama sendiri tanpa tuju hala.

Peperangan yang berpanjangan telah menghauskan segala tenaga rakyat. Rakyat Russia yang hidup dalam bencana peperangan, kemiskinan dan kebuluran akhirnya tidak tertahan lagi dan bangkit melawan.

Pada awal tahun 1917, Bolshevik, satu parti politik revolusioner yang beraspirasikan pemikiran sosialis, yang anggotanya telah bertambah secara stabil sehingga 24,000 orang, membantu dalam mengadakan aksi massa untuk memperingati “Hari Ahad Berdarah” (Satu peristiwa yang berlaku semasa Revolusi 1905 di mana tentera Tsar telah melenyapkan kebangkitan rakyat dengan kekerasan sehingga ramai pekerja yang terbunuh). Pada masa itu, kebanyakan pemimpin Bolshevik berada dalam penjara ataupun dibuang negeri. Maka, kebanyakan keputusan parti diambil dari bawah. 30,000 pekerja Moscow melancarkan mogok manakala 145,000 pekerja mogok di Petrograd. Bandar-bandar seperti Baku, Novgorod, Novocherkassk, Voronezh, Kharkov, Rostov-on-Don juga berlakunya mogok satu hari.

Pada bulan Februari, para pekerja di Petrograd mengalami kebuluran apabila bekalan tepung hampir habis. Bolshevik telah memanggil untuk melakukan aksi mogok bagi menyokong anggota Duma (parlimen Russia) mereka yang ditahan pada 1915 kerana membantah peperangan. Manakala Menshevik (kumpulan yang berpecah dengan Bolshevik dalam Parti Sosial Demokratik Russia pada tahun 1903) memanggil aksi mogok untuk menyokong Duma di Istana Taurida yang akan mula bersidang. 90,000 pekerja daripada 58 kilang berlainan telah melakukan mogok. Polis cuba menahan penunjuk perasaan tetapi pekerja melawan balik. Tiada pekerja berarak ke Istana Taurida seperti yang diinginkan oleh Menshevik. Jawatankuasa Petrograd Bolshevik memanggil untuk menggulingkan Tsar.

Pada 7 Mac (bersamaan 22 Februari kalender Russia masa itu), sambutan Hari Wanita Antarabangsa telah mencetuskan revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Februari. Pekerja-pekerja tekstil wanita yang militan, yang kebanyakannya isteri kepada askar-askar, telah melancarkan mogok besar-besaran di Petrograd, walaupun dihalang oleh pimpinan kesatuan mereka sendiri. 128,000 orang pekerja turun ke jalan. Antara tuntutan mereka adalah menghentikan Perang Dunia dan meningkatkan makanan. “Tanah, roti dan kedamaian!” adalah laungan pekerja. Penulis sejarah borjuis mengambarkan pergerakan teratur ini sebagai “Rusuhan Roti”.

Pada 8 Mac, jumlah pekerja bermogok berganda sehingga 200,000 orang pekerja. Hampir separuh daripada jumlah pekerja di Petrograd melakukan aksi mogok. Tuntutan baru telah beralih pada menumbangkan Tsar dan tamatkan perang. Pekerja yang mogok telah mendapat sokongan daripada askar-askar.

Pada 11 Mac, awal-awal pagi polis melakukan penahanan besar-besaran ke atas 100 orang pemimpin organisasi revolusioner, termasuk Bolshevik. Tentera di bawah arahan Tsar telah melepaskan tembakan ke atas pekerja yang mogok sehingga membunuh 169 orang pekerja dan mencederakan lebih 1,000 orang. Pada waktu petang, askar-askar daripada Kompeni ke-4 Rejimen Pavlovsky yang marah kerana sebahagian tentera daripada rejimen mereka melepaskan tembakan ke atas pekerja, melulu ke jalan untuk menghentikan tindakan tersebut. Polis cuba menghalang, sehingga berlaku pertempuran. General Khabalov mengarahkan askar-askarnya untuk meletak senjata, tetapi askar-askarnya mengingkari arahan dan menyertai pekerja yang protes.

Sehari kemudian, askar-askar di Rejimen Volynsky membunuh komander mereka yang melepaskan tembakan ke atas pekerja sehari sebelumnya. Askar-askar tersebut melengkapkan diri dengan senjata, melakukan agitasi ke seluruh rejimen. Rejimen Litovsky dan Preobrazhensky menyertai tentera baru, dan membebaskan tahanan politik.

Pada waktu senja 12 Mac, 66,000 orang askar di Petrograd, yang sehari sebelumnya diarahkan untuk menembak pekerja, telah menyertai pekerja-pekerja yang mogok, dengan berkelengkapan senjata.

Wakil terpilih Soviet Petrograd tiba di Istana Taurida dan mendirikan Jawatankuasa Pelaksana. Walaupun anggota Bolshevik telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan satu pergerakan revolusioner tetapi tidak mendapat keputusan yang baik dalam pilihanraya soviet. Menshevik dan Parti Revolusi Sosial (SR, satu parti borjuis kecil yang mendapat sokongan kuat daripada kaum petani), yang menjanjikan apa saja, mendapat keputusan yang lebih baik.

Pada 13 Mac, massa revolusioner telah mengambil alih Moscow. Menteri-menteri Tsar ditahan. Jawatankuasa Sementara menguasai tentera. Pengemudi di Kronstadt memberontak.

Pada 14 Mac, Plenum Bersama Wakil-wakil Soviet Pekerja dan Askar yang pertama telah mengeluarkan Arahan No.1: semua unit askar akan memilih Jawatankuasa Askar. Arahan ini membolehkan askar-askar menerima arahan daripada Soviet Askar dan jawatankuasa yang dipilih di peringkat tempatan. Soviet menghalang anggotanya menyertai kerajaan yang bakal ditubuhkan, tetapi mengiktiraf autoriti Duma.

Pada keesokannya, 15 Mac, Soviet dan Duma meneruskan perbincangan tentang pembentukan kerajaan baru. Dalam Plenum Soviet, Bolshevik mengkritik kekurangan fokus ke atas persoalan tanah, kedamaian dan kerja 8 jam sehari.

Atas kehilangan sokongan tentera dan desakan kuat daripada rakyat jelata, Tsar Nicholas II akhirnya menyerahkan kuasanya dan ditahan pada 16 Mac. Pekerja-pekerja, askar-askar dan anak-anak muda turun ke jalanan, menjatuhkan patung Tsar dan membakar lambang empayar. Pada 19 Mac, Pemerintah Sementara mengumumkan amnesti untuk semua tahanan politik.

Kuasa Berkembar

Revolusi Februari telah Berjaya menumbangkan pemerintahan Tsar, dan menggantikannya dengan pemerintah sementara.

Kedua-dua Menshevik dan SR, percaya bahawa revolusi yang sedang berlaku itu mestilah berciri kapitalis, sebelum dapat berganjak ke Sosialime pada masa depan yang tidak dapat ditentukan. Teori politik ini disebut stagisme (revolusi berperingkat). Menshevik yang berpegang pada revolusi berperingkat ini, menganggap Russia masih berada di peringkat revolusi demokratik borjuis, maka harus bekerjasama dengan Pemerintah Sementara yang berciri kapitalis, dan mengharapkan mereka akan menlaksanakan reformasi tanah dan reformasi demokratik. Sebelum Lenin kembali ke Russia, pandangan ini juga disokong oleh sebahagian pimpinan Bolshevik seperti Stalin, Kamenev, Molotov dan Zinoviev.

Dalam Revolusi Februari, kuasa anti-pemerintahan Tsar yang utama datang daripada pekerja dan askar. Para borjuis tidak pernah memimpin revolusi ini. Selepas revolusi, para pekerja dan askar telah mendirikan badan pemerintahan mereka sendiri, iaitu Soviet. Soviet membawa maksud Dewan Pekerja. Golongan borjuis tiada kuasa dalam soviet, dan soviet-soviet menguasai senjata. Pemerintah sementara hampir tiada tenteranya. Tetapi, mengapa satu revolusi yang dimulakan oleh pekerja dan askar, hasilnya diperolehi oleh golongan borjuis? Mengapa kuasa yang sebenarnya telah dipegang oleh soviet-soviet, tetapi masih ada satu pemerintah sementara yang berada di atas mereka?

Satu situasi yang aneh timbul selepas Revolusi Februari. Para pekerja dan askar telah memegang kuasa yang sebenar, tetapi pimpinan soviet mereka masih menyokong satu pemerintah sementara. Para pekerja dan askar tidak percaya pada Pemerintah Sementara, tetapi percaya pada pimpinan soviet. Asas kekuasaan Pemerintah Sementara didirikan oleh sokongan pimpinan soviet. Fenomena yang wujud ini dikenali sebagai “Kuasa Berkembar”.

Pemerintah Sementara borjuis tidak benar-benar berniat untuk menyelesaikan persoalan kedamaian dan tanah. Yang terlindung di bawah retorik revolusi mereka, adalah niat untuk memukul revolusi. Pemerintah Sementara masih meneruskan penglibatan Russia dalam Perang Dunia yang sudah dibenci kuat oleh rakyat jelata. Mereka cuba melengahkan masa untuk pergerakan massa menjadi lemah. Kontradiksi sebegini perlu ditangani. Kalau bukan Pemerintah Sementara menang, Pemerintah Soviet yang akan menang. Pada waktu genting sebegini, amat memerlukan sebuah parti revolusioner yang dapat membuat penilaian yang tepat dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Lenin bersama Bolshevik yang dipimpinnya telah menanggung misi bersejarah ini dengan beraninya.

Kepulangan Lenin

Pada 16 April, Lenin, Zinoviev dan Bolshevik yang lain telah pulang dari Switzerland dan tiba di Petrograd. Mereka disambut oleh ramai pekerja, askar dan anggota parti. Dalam ucapan pada mereka yang menyambutnya di Petrograd, Lenin berteriak, “Hidup revolusi sosialis!” Ada Bolshevik veteran yang tertanya-tanya, mengapa Lenin mengungkitkan tugas pemerintahan proletariat pada peringkat revolusi demokratik borjuis, bukankah itu Trotskyisme?

Pada 17 April, Lenin menyampaikan Tesis April. Bolshevik dengan segera mencetak risalah pendidikan untuk para pekerja tentang parti politik di Russia, dan tugas-tugas proletariat.

Lenin telah merombak teori yang tidak pratikal demi menghadapi cabaran realiti. Selepas Revolusi Februari, Pemerintah Sementara tidak mampu menyelesaikan tugas-tugas revolusi demokratik. Para petani yang tiada program politik yang sendiri, jika tidak terikut-ikut dengan Pemerintah Sementara, akan menyokong Pemerintahan Proletariat. Pilihan yang ada pada Russia masa itu adalah proletariat mengambil alih kuasa, dan memulakan revolusi sosialis di Eropah; ataupun kemenangan Pemerintah Sementara, yang akan mengkuburkan hasil Revolusi Februari dalam pertumpahan darah perang imperialis. Tiada jalan tengah untuk pilihan itu.

Perubahan dalam dasar perjuangan Bolshevik ini, bukan sahaja menyebabkan perpecahan dalam Bolshevik, tetapi juga perpecahan dalam kem Menshevik dan SR. Sebahagian Menshevik yang internasionalis dan SR yang berhaluan kiri telah menyertai barisan Bolshevik. Trotsky yang sebelum ini berpecah dan bergaduh dengan Lenin juga menyertai Bolshevik.

“Segala Kuasa Pada Soviet”

Sambutan Hari Mei 1 di Russia pada tahun itu adalah begitu hangat sekali. Sementara itu, Menteri Luar Pemerintah Sementara, Niliukov berjanji secara rahsia kepada kuasa-kuasa Perikatan, bahawa Russia akan meneruskan perang sehingga kuasa-kuasa imperialis Perikatan mencapai kemenangan dan berjaya merebut kawasan jajahan baru. Pesanan rahsia tersebut telah dibongkarkan dan mencetuskan sekali lagi demonstrasi jalanan askar untuk 2 hari. Bolshevik mengatakan tidak cukup untuk Miliukov meletak jawatan, tetapi sebuah pemerintahan Soviet perlu dibentuk.

Kongres Soviet-soviet Seluruh Russia yang pertama bermula di Petrograd pada 16 Jun. Kongres dengan hampir sebulat suara setuju untuk menamatkan Perang Dunia I. Perdebatan hebat berlaku tentang usul menyokong Pemerintah Sementara, dengan protes dari Bolshevik. Menshevik menegaskan bahawa Bolshevik perlu melucutkan senjata. Tanpa senjata, bermakna akan tercabut kuasa soviet-soviet askar. Bolshevik menegaskan kuasa perlu pergi kepada soviet-soviet.

Para pekerja dan askar pada masa itu telah memegang kuasa yang sebenar, tetapi mereka tidak sedar tentang kuasa tersebut. Kepulangan Lenin ke Petrograd talah membawa balik slogan “segala kuasa pada Soviet”. Slogan itu telah mendedahkan pertentangan kuasa berkembar.

Lenin telah berulang sekali beritahu soviet-soviet, merekalah yang patut mengambil alih keasa pemerintahan, dan Bolshevik adalah menyokong soviet. Hanya pada masa itu pimpinan soviet yang masih dikuasai oleh kelompok Menshevik enggan berbuat demikian.

Peristiwa Julai

Pengaruh kesedaran revolusi dapat merebak dengan pantas. Dalam kebanyakan proses revolusi, kesedaran sebahagian kumpulan akan berkembang lebih capat daripada majoriti. Para pekerja dan askar di Petrograd adalah kumpulan sebegini. Namun, sewaktu kesedaran majoriti masih mundur, tindakan melulu segelintir kecil orang boleh menjadikan mereka terpisah daripada massa, dan dipukul oleh anasir-anasir kontra-revolusi. Contoh sebegini adalah Peristiwa Julai.

Pada bulan Julai, selepas mendapat arahan untuk menuju ke barisan depan medan perang, beribu-ribu askar senapang mesin mengadakan satu mesyuarat tentang pemberontakan bersenjata. Pada mulanya, Bolshevik cuba menenangkan keadaan dan meminta para askar supaya tidak bertindak secara melulu. Para anarkis pula mengapi-apikan semangat pemberontakan. Keadaan telah bertukar di luar kawalan. Para askar berputus untuk berarak dengan bersenjata lengkap, dan menghantar wakil ke setiap kilang untuk melakukan pemujukan. Para pekerja juga memberhentikan kerja dan menyertai perarakan, menuntut semua kuasa pada Soviet.

Dalam keadaan di luar kawalan, Bolshevik juga bertukar taktik. Mereka tidak lagi cuba menghalang massa untuk melakukan demonstrasi. Mereka sanggup menanggung kegagalan bersama para pekerja dan askar, tanpa mengasingkan kelompok yang maju ini. Tindakan Bolshevik ini mendapat penghormatan yang amat tinggi dalam kalangan pekerja dan askar.

Pemerintah Sementara pula mengerahkan tentera dari seluruh negara untuk datang mempertahankan ibu kota. Menshevik dan SR pula mengecam Bolshevik cuba melakukan pemberontakan. Menshevik dan SR walaupun masih menguasai Jawatankuasa Eksekutif Soviet, tetapi telah kehilangan kepercayaan daripada akar umbi. Maka jurang antara soviet tempatan dengan pimpinan pusat semakin besar.

Pada 17 Julai, sebelum subuh lagi 80,000 pekerja dan askar berarak ke Istana Tauride. Peserta demonstrasi telah berdepan dengan tentera dan samseng. Mogok umum telah berlaku. Di kilang di mana dikuasi oleh Menshevik dan SR, 4 daripada 5 pekerja menyertai demonstrasi.

Lebih 500,000 orang menyertai demonstrasi di Petrograd. Tentera telah diarah oleh Pemerintah Sementara untuk menyuraikan massa berkumpul. 400 orang dibunuh dan dicederakan. Pada hari keesokannya, Pemerintah melakukan serangan yang lebih hebat. Pejabat dan mesin percetakan suratkhabar Pravda dimusnahkan. Pekerja-pekerja yang mengedar suratkhabar di jalanan dibunuh. Ibu pejabat Jawatankuasa Pusat Bolshevik dan Jawatankuasa Petrograd diserbu. Ramai yang ditahan. Pemerintah melakukan intimidasi ke atas para pekerja dengan mengerahkan polis dalam jumlah yang besar sehingga seluruh Petrograd di bawah undang-undang darurat.

Mogok umum tamat dan para pekerja pulang bekerja kerana ketakutan terhadap penahanan. Pemerintah mengarahkan penahanan Lenin dan pemimpin-pemimpin Bolshevik. Lenin terpaksa bersembunyi. Kerensky menjadi ketua pemerintah. Pemerintah Sementara memperkenal semula undang-undang zalim dan menapis idea-idea politik yang radikal. Banyak suratkhabar ditutup.

Pada bulan Ogos, Kongres ke-6 Bolshevik yang mewakili 240,000 anggota, diadakan tanpa kehadiran Lenin. Kongres memutuskan revolusi aman tidak mungkin lagi berlaku. Parti juga berputus tentang prinsip pemusatan demokratik.

Cubaan Kontra-Revolusi

Seorang Jeneral yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Tsar, Kornilov, telah dilantik menjadi Komander Tertinggi Angkatan Tentera Russia. Pemerintahan Koalisi yang kedua dibentuk pada awal bulan Ogos, dengan Kerensky menjadi presiden. Menshevik, Cadet (Parti Konstitusional Demokratik) dan SR menyertai Pemerintah Sementara yang baru ini.

Sejak bulan Mac, 568 buah kilang yang tutup telah memberhentikan lebih 104,000 orang pekerja. Harga barangan naik secara purata sebanyak 248% berbanding harga pada tahun 1913, dengan pusat bandar yang terkena paling teruk (harga barangan di Moscow meloncat sebanyak 836%). Sementara itu, upah sebenar pekerja jatuh sebanyak 57.4% berbanding tahun 1913. Bekalan roti tidak cukup. Di Moscow, seorang pekerja hanya mendapat 2 paun roti untuk dimakan dalam satu minggu! Pada bulan Ogos sahaja, telah berlaku 440 peristiwa di mana petani dan askar mengambil alih tanah yang dimiliki oleh tuan tanah besar.

Pada akhir bulan Ogos, Pemerintah Sementara mengadakan Persidangan Negara di Moscow. Soviet-soviet pekerja mengundi untuk melakukan mogok umum demi membantah persidangan tersebut. Tetapi Soviet Petrograd dengan undi tipis 364:304 berputus untuk tidak mogok. Walau bagaimanapun, 400,000 pekerja “walk out” untuk mogok satu hari. Keputusan yang mengecewakan oleh Soviet Petrograd, telah menyebabkan anggota-anggotanya mengadakan undi untuk melakukan pemilihan yang baru dan mendapat sokongan yang kuat.

Petrograd Soviet selepas beberapa hari kemudiannya mengundi untuk memansuhkan hukuman mati, dengan mendapat undi 900:4 untuk memansuhkan hukuman mati. Hanya 4 orang pemimpin tertinggi Menshevik yang mengundi untuk kekalkan hukuman mati. Pemerintah Sementara setuju untuk mengikut keputusan Soviet kerana takut pekerja memberontak lagi.

Keadaan di Petrograd dan Moscow menjadi kecok lagi dengan khabar ketibaan Jeneral Kornilov. Kornilov memujuk Pemerintah Sementara untuk mewujudkan kediktatoran tentera, jika tidak Jerman akan tawan Bandar Riga dan Petrograd pasti akan jatuh. Ini mencetuskan perpecahan dalam Pemerintah Sementara yang dipisahkan antara Demokrasi Sosial dan Kediktatoran Tentera.

Kornilov adalah seorang jeneral yang mempertahankan empayar, dia bukan sahaja benci akan soviet, juga menentang Pemerintah Sementara borjuis. Pada mulanya pemimpin Pemerintah Sementara, Kerensky bersetuju untuk mewujudkan kediktatoran tentera, tetapi rancangan Kornilov bukan saja hendak melenyapkan soviet tetapi juga menghapuskan Kerensky dan sendiri memegang semua kuasa. Kerensky telah menjadi ragu-ragu.

Apabila sebagian tentera Kornilov tiba di stesen keretapi Petrograd pada 10 September, para pekerja telah melambatkan perjalanan keretapi dan secara “tidak sengaja” menunjuk tentera ke arah yang salah. Komander tentera terpaksa mengarahkan askar-askarnya berkhemah di sebuah kampung di luar Petrograd. Anggota-anggota soviet telah pergi ke kampung tersebut, dan melakukan agitasi ke atas askar-askar di situ. Askar-askar Cossack mula mengadakan mesyuarat secara sendiri seperti soviet. Divisi yang setia pada Kornilov juga mengalami nasib yang sama, selepas agitasi para Bolshevik, mereka mengkibarkan bendera merah dan menahan komander mereka!

Pada 11 September, hampir semua daerah di Petrograd telah adanya pekerja yang berorganisasi dan bersenjata. Mereka dipanggil Pengawal Merah (Red Guard). Jumlah Red Guard telah mencapai 40,000 orang, dengan beribu-ribu orang lagi menjadi anggota sokongan.

Para pekerja keretapi mengalihkan landasan keretapi untuk menghalang kemaraan Kornilov, para pekerja pos dan telegraf melambatkan dan menahan komunikasi antara tentera, dan menghantar salinan komunikasi tentera kepada Bolshevik.

Askar-askar Bolshevik juga mula tiba dari Kronstadt dan Vyborg. Sementara itu, tentera di Kronstadt dan Vyborg juga memberontak dan menembak mana-mana pegawai yang mengumumkan kesetiaan pada Kornilov. Pada hari keesokannya, 12 September, keseluruhan tentera Kornilov hilang semangat dan rancangan kontra-revolusi menemui kegagalan. Kornilov kemudiannya ditahan.

Dengan kekalahan Kornilov, Jawatankuasa Eksekutif Pusat Soviet mendapat sokongan hebat daripada soviet-soviet di bandat-bandar utama untuk mengambil alih kuasa. 126 soviet tempatan menuntut Soviet Petrograd untuk mengambil alih kuasa. Soviet Petrograd pula meluluskan reolusi untuk menyokong parti Bolshevik. Jumlah peristiwa pengambilalihan tanah oleh petani juga meningkat ke 958.

Pada 15 September, satu pertemuan bersama antara semua soviet di Finland (yang masih merupakan jajahan Russia) telah mengundi untuk satu Pemerintahan Soviet, dengan undi 700:13. Pendirian Bolshevik tentang hak bangsa untuk pisah dari Russia amat terkenal. Sejurus selepas Revolusi October, Finland mendapat kemerdekaan.

Pada 17 September, Trostsky dan pimpinan Bolshevik yang ditahan selepas Peristiwa Julai dibebaskan, selepas tekanan yang kuat daripada para pekerja. Trotsky kemudiannya dipilih menjadi Pengerusi Soviet Petrograd sebulan sebelum Revolusi Oktober dan memimpin Jawatankuasa Revolusioner Tentera.

Selepas peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Julai dan September, kewibawaan Bolshevik di kalangan massa semakin memuncak, dan kesedaran revolusioner massa juga semakin kuat. Satu demi satu soviet pekerja dan soviet askar telah mengundi untuk menyokong satu Pemerintahan Soviet. Justeru penggulingan Pemerintah Sementara dan pendirian Pemerintah Soviet sudahpun dijadikan agenda utama perjuangan rakyat Russia.

Pemerintah Sementara Semakin Tergugat

Pemerintah Sementara telah menganjurkan satu “Persidangan Demokratik” pada 27 September – 5 Oktober, dengan kehadiran 1,200 orang wakil. Bolshevik juga turut menghadiri persidangan tersebut, walaupun pemerintah ingin menangkap Lenin dan Zinoviev yang tidak pergi. Hadirin persidangan telah mengundi untuk menolak cadangan untuk memberntuk satu pemerintahan koalisi yang baru. Pemerintah Sementara yang tidak suka dengan keputusan tersebut telah membentuk satu dewan perwakilan dalam persidangan untuk memutuskan tentang isu ini, tetapi keputusannya juga menolak pemerintah Koalisi yang baru.

Demi mendapat satu keputusan yang “betul”, satu pra-parlimen telah diwujudkan, dengan wakilnya kebanyakan dipilih oleh Pemerintah Sementara, dan pra-parlimen ini meluluskan pembentukan Pemerintahan Koalisi yang baru!

Bolshevik setuju untuk menyertai Pra-parlimen yang baru, walaupun ditentang hebat oleh Lenin dan Trotsky. Pada masa yang masa, Lenin telah menerbitkan satu tulisan yang bertajuk “Tentang Kompromi”(On Compromises), menerangkan tentang Bolshevik akan berkompromi dengan pihak lain, jikalau kompromi tersebut tidak mengkhianati prinsip utama mereka.

Kerensky mengarahkan pembubaran Jawatankuasa Pusat angkatan Laut Baltic pada 1 Oktober, tetapi ditolak oleh angkatan laut tersebut. Di Tashkent, soviet menggulingkan pemerintah tempatan. Kerensky menghantar tentera untuk mengambil balik bandar tersebut dan menangkap ramai orang serta memperkenalkan semula hukuman sebatan di khalayak umum. Pekerja-pekerja daripada 40 soviet dengan serta-merta melancarkan mogok umum yang berlanjutan selama 1 minggu.

Pada bulan Oktober, jumlah keanggotaan kesatuan sekerja di seluruh Russia telah mencecah 2 juta. Ini adalah satu jumlah yang signifikan. (Pada tahun 1917, jumlah populasi Russia adalah 145 juta, tetapi jumlah pekerja hanya sedikit. Tiada data tentang pekerjaan yang dapat diperolehi untuk tahun 1917, tetapi pada Disember 1926, di mana selepas pertumbuhan kelas pekerja yang besar, jumlah pekerja di USSR hanyalah 7.93 juta, 5 % jumlah populasi negara tersebut. Oleh itu, jumlah pekerja adalah jauh lebih rendah pada tahun 1917, dan keanggotaan 2 juta dalam kesatuan sekerja adalah satu jumlah yang sangat besar pada masa itu.) Pada masa yang sama, perhubungan dan persahabatan antara askar-askar Russia dan Jerman, yang masih berperang pada masa itu, meningkat secara mendadak, dan pemberontakan untuk memilih pegawai berlaku di seluruh barisan hadapan medan tempur.

Soviet Askar Petrograd mengumumkan bahawa ia tidak lagi melapor pada Pemerintah Sementara pada 19 Oktober.

Pra-parlimen memulakan sesi pertamanya pada 20 Oktober. Semasa slot Bolshevik untuk berucap, Trotsky telah menyampaikan satu ucapan yang mengejutkan semua orang: Bolshevik tidak akan menyertai Par-parlimen, lalu meninggalkan mesyuarat. Selepas itu, Par-parlimen cuba mewujudkan perpaduan antara anggota yang masih tinggal, tetapi tidak dapat mencapai satu keputusan majoriti tentang persoalan yang paling penting – apa patut buat tentang Perang yang sedang berlanjutan?

Pada 23 Oktober, selepas debat yang hebat, Jawatankuasa Pusat Bolshevik telah memutuskan untuk menggulingkan Pemerintah Sementara dan akan mengikut taktik yang dicadangkan oleh Lenin. Kamenev dan Zinoviev dengan tegasnya membantah keputusan majoriti tersebut.

Pada 25 Oktober, Soviet Petrograd mewujudkan Jawatankuasa Revolusioner Tentera, yang kemudiannya akan memimpin pemberontakan bersenjata.

Sampai akhir bulan Oktober, Pemerintah Sementera yang dipimpin oleh Kerensky telah kehilangan kewibawaan sepenuhnya dan rakyat tidak lagi percaya pada apa-apa Pemerintah borjuis walaupun apa yang dipanggil Pemenrintah Koalisi yang baru.

Pada 1 November, Kerensky mengancam untuk menangkap pegawai yang dipilih oleh askar, jika mereka masih menolak untuk mengirimkan bekalan. Sementara itu, Perjumpaan Jawantankuasa Kilang dan Kedai Seluruh Russia telah memutuskan untuk menyokong semua kuasa pada soviet!

Pemberontakan Bersenjata

Pada 5 November, Bolshevik telah melaksanakan kempen agitasi yang menyeluruh di semua tempat dalam negara. Walaupun tanpa kehadiran penceramah hebat seperti Lenin, Zinoviev dan Kamenev; kadre-kadre Bolshevik di bawah pimpinan Trotsky dan Sverdlov bekerja dengan kerasnya. Yang lebih penting lagi, beribu-ribu pekerja biasa, askar, petani dan pengemudi telah menyakinkan kawan-kawan mereka bahawa waktunya sudah tiba untuk mengambil kuasa ke dalam tangan mereka sendiri.

Soviet-soviet telah mengeluarkan “Perintah Revolusioner No. 1”: pengambilan dan pemecatan pekerja ditentukan oleh soviet. Pekerjalah yang akan menentukan siapa yang diambil oleh pekerja dan siapa pula akan dipecat.

Pada 6 November, Pemerintah Sementara cuba untuk menutup suratkahbar bawah tanah Bolshevik. Pada masa yang sama, satu serangan dilancarkan ke atas Smolny, ibu pejabat Jawatankuasa Pusat Bolshevik dan Jawatankuasa Revolusioner Tentera.

Waktunya sudah sampai. Revolusi Oktober tercetus dalam sekelip mata.

Menjelang waktu malam, Trotsky telah memimpin Red Guard dan pekerja-pekerja soviet untuk menguasai semua jambatan dan tempat-tempat penting di seluruh bandar Petrograd, termasuk semua jalan masuk ke dalam bandar tersebut. Lenin tiba di Smolny, dan mengambil alih perintah ke atas Red Guard dan soviet pekerja.

Pada 7 November, menjelang waktu pagi, Red Guard telah mengambil alih Pejabat Pos Besar, stesen keretapi yang utama, stesen janakuasa, Bank Negara, pencawang pusat telefon, dan bangunan pemerintah yang utama. Hanya beberapa tempat sahaja termasuk Istana Musim Sejuk masih di dalam tangan Pemerintah Sementara.

Di Moscow, pekerja-pekerja revolusioner menghadapi tentangan hebat daripada Kolonel Ryabtev. Pertempuran sengit berlaku.

Menjelang malam, Kongres Soviet-soviet Seluruh Russia yang kedua bermula di Smolny. Menshevik dan SR walk-out, dan Trotsky mengatakan mereka pergi ke tempat di mana mereka sepatutnya berada – tong sampah sejarah!

Kerensky melarikan diri ke utara, untuk melancarkan satu pemberontakan menentang revolusi.

Pada pukul 2 pagi 8 November, Red Guard dan para pekerja Soviet telah menyerbu Istana Musim Sejuk dan menawannya tanpa tentangan daripada pengawal. Penawanan Istana Musim Sejuk membawa kemenangan untuk revolusi di Petrograd yang tiada pun seorang yang terkorban!

“Dalam masa 8 bulan pada tahun 1917, dua garis lengkung sejarah bersilang satu sama lain. Revolusi Februari – iaitu bunyi balas yang lambat daripada perjuangan hebat yang pernah berlaku di Belanda, Britain, Perancis dan hampir seluruh bumi Eropah – kedudukannya adalah dalam revolusi borjuis yang berlanjutan. Revolusi Oktober pula mengumumkan dan memulakan penguasaan kelas proletariat. Inilah kali pertama kapitalis sedunia menemui kegagalan besar di atas bumi Russia. Satu gelang yang paling lemah dalam rantai terpecah, tetapi yang putus adalah seluruh rantai, bukannya satu gelangan sahaja. ” (Ucapan Trotsky di Copenhagen pada 1932)

“Parti Lenin adalah satu-satunya yang menangkap mandat dan tugas satu parti yang benar-benar revolusioner, dan dengan slogan ‘Semua kuasa dalam tangan proletariat dan petani’ – memastikan perkembangan berterusan revolusi… Apa yang boleh ditawarkan dari segi keberanian, pandangan jauh yang revolusioner dan konsistensi dalam waktu bersejarah, Lenin, Trotsky dan semua komrad yang lain telah memberikan yang terbaik. Semua kebanggaan dan kebolehan revolusioner yang berkurangan dalam Sosial-Demokrasi barat, telah ditunjukkan oleh Bolshevik. Kebangkitan Oktober mereka bukan sahaja selamatkan Revolusi Russia, ia selamatkan kebanggaan sosialisme internasional. ” (Rosa Lexemburg, the Russian Revolution)

“Tidak lama selepas Revolusi, seorang pegawai tentera semasa pemerintahan Tsar menulis dengan perasaan yang marah, ‘siapa boleh percaya bahawa seorang yang menjaga pintu jadi hakim, seorang pembantu hospital jadi pengarah hospital, seorang tukang gunting rambut jadi pegawai, koporal jadi ketua komander, pekerja pembersih jadi datuk bandar, tukang kunci jadi pengurus kilang?

‘Siapa boleh percaya ini?’ Mereka terpaksa percaya. Apabila koporal menewaskan jeneral, apabila datuk bandar yang dulunya pekerja pembersih menumpaskan penentangan birokrat lama, apabila pekerja yang menyapu minyak kereta menghidup kembali sistem pengangkutan, apabila tukang kunci yang menjadi pengurus menghidupkan kembali operasi kilang, mereka selain parcaya, tidak boleh buat apa. ‘Siapa boleh percaya ini?’ Biakanlah mereka cuba untuk tidak percaya…’” (Trotsky, 1932)

BAHAGIAN II: PENGAJARAN DAN ILHAM UNTUK TERUS MAJU

Pemerintahan Revolusioner

Dengan kemenangan revolusi di Petrograd, pemberontakan pekerja, petani, askar dan rakyat miskin telah menyebar ke seluruh Russia. Soviet-soviet telah mengambil alih kuasa dan mendirikan pemerintahan baru – satu pemerintahan oleh pekerja sendiri.

Kongres Soviet Kedua terdiri daripada 650 wakil yang dipilih; 390 orang adalah Bolshevik dan hampir seratus orang adalah revolusioner sosialis kiri yang menyokong penggulingan Pemerintahan Kerensky. Sejam selepas Istana Musim Sejuk ditawan, Kongres telah meluluskan satu keputusan untuk memindah kuada kepada Soviet-soviet Wakil Pekerja, Askar dan Petani.

Pada 8 November, Soviet telah memilih Dewan Komisar Rakyat (Council of People’s Commissars, Sovnarkom), sebagai asas untuk pemerintahan Soviet yang baru. Kongres juja meluluskan Perintah Kedamaian dan Perintah Tanah. Kedua-dua undang-undang tersebut adalah sangat mustahak untuk menyelesaikan masalah mendalam yang melanda masyarakat Russia pada masa itu.

Perintah lain yang dikeluarkan oleh pemerintahan revolusi adalah:

- Semua bank Russia dimiliknegarakan
- Penguasaan ke atas kilang-kilang diserahkan kepada soviet-soviet pekerja
- Hartanah Gereja diambil alih
- Gaji ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi daripada waktu perang, dan masa kerja dipendekkan ke 8 jam sehari.
- Semua hutang luar dihapuskan. (Bolshevik memang menolak sekuat-kuatnya dalam membayar hutang yang ditingggalkan oleh Tsar dan rejim Kerensky.)

Pemerintahan revolusioner ini bukan hanya sekadar pemindahan kuasa dari sekumpulan kecil orang daripada kelas pemerintah lama ke sekumpulan orang yang lain. Ia merupakan sati transformasi yang baru, di mana satu sistem sosio-ekonomi dan politik baru akan menggantikan yang lama, di mana sistem sosio-ekonomi baru adalah berlandaskan pengeluaran untuk keperluan rakyat dan bukan keuntungan; sistem politik baru adalah berlandaskan kekuasaan rakyat biasa itu sendiri.

Revolusi sebegini yang pasti tidak dapat dilaksanakan dan disempurnakan oleh kelas borjuis. Trotsky menulis, “satu perkara adalah jelas – jika revolusi datang, ia pasti bukan hasil kerjasama antara modal dan buruh. Pengalaman 1905 menunjukkan ini adalah satu Utopia yang teruk. ”

Tanah dan Pendamaian

Perintah Tanah mengiktiraf tindakan para petani di seluruh Russia yang mengambil alih tanah swasta dan membahagikan semulanya di antara mereka. Walaupun para pekerja telah mengambil alih kuasa, tetapi sama ada pemerintahan revolusi yang baru dapat bertahan, bergantung pada pendirian yang diambil oleh petani. Penubuhan soviet petani menjadi satu tugas yang mustahak dan pelaksanaan Perintah Tanah amat sesuai untuk menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi oleh para petani selama ini. Petani miskin menjadi tulang belakang dalam menyokong pemerintahan Soviet.

Satu lagi persoalan penting yang dihadapi oleh Pemerintahan Rovolusi adalah persoalan kedamaian. Satu pemerintahan revolusi adanya dua pilihan: sama ada menggunakan perang revolusi untuk menentang perang yang kontra-revolusi; ataupun menggunakan keikhlasan pendamaian untuk memenangi sokongan daripada rakyat dalam dan luar negeri, dan menamatkan perang imperialis dengan kebangkitan untuk pembebasan kelas. Disebabkan situasi dalam dan luar negeri, Bolshevik telah memilih jalan kedua.

Walaupun soviet telah mengambil alih kuasa dalam negara, tetapi pemerintahan revolusioner masih tidak stabil. Di peringkat antarabangsa pula, rakyat sedunia telahpun benci terhadap perang imperialis, tetapi tiada jalan keluar. Pemerintah negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia telah menculik rakyat mereka untuk meneruskan peperangan merebut kekuasaan imperial.

Perintah Kedamaian mengatakan Russia akan mengundur daripada Perang Dunia dengan serta-merta. Lenin menganggap, jika Russia yang pertama mengundur diri daripada Perang, akan mewujudkan teladan dan memberi dorongan kepada rakyat negara berperang. Revolusi Russia hanya dapat mencari jalan keluarnya melalui Revolusi Eropah. Gelombang revolusi selepas Perang memang membuktikan kesahihan ramalan Lenin.

Pemimpin Revolusi Oktober faham bahawa Revolusi Russia adalah sebahagian daripada Revolusi Dunia, dan menentang perang dengan revolusi adalah senjata yang paling berkesan untuk proletariat melawan perang imperialis.

Pemusatan Demokratik dan Demokrasi Dalam Parti

Ada tomahan daripada pengkritik borjuis yang mengatakan bahawa Lenin merupakan seorang diktator dan Parti Bolshevik tidak demokratik. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Parti Bolshevik mengamalkan Pemusatan Demokratik (Democratic Centralism) pada tahun 1917, pada waktu di mana keadaan revolusi semakin matang dan penindasan pemerintah ke atas revolusioner semakin hebat. Dalam keadaan genting sebegitu, perlunya satu parti politik yang dapat bertindak pantas dengan analisa yang tepat dan taktik yang sesuai dengan keadaan. Maka, tiada gunanya ada satu parti yang hanya berdebat dan tidak bertindak. Di bawah Pemusatan Demokratik, debat yang sengit masih berlaku dalam parti, tetapi semua anggota akan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan keputusan yang diambil selepas perdebatan. Pada kebanyakan masanya, Lenin berada dalam minoriti perdebatan dan beliau terpaksa ikut keputusan yang diambil parti walaupun tidak bersetuju.

Semasa Bolshevik sedang merancang untuk pemberontakan, dua pemimpin utama Bolshevik, Kamenev dan Zinoviev, telah mengumumkan rancangan Bolshevik untuk memberontak dalam suratkhabar Menshevik. Lenin menuntut supaya kedua-duanya dipecat daripada menjadi anggota parti kerana membelot, walaupun hubunganya dengan kedua orang itu amat rapat. Kamenev dan Zinoviev mempertahankan pendirian mereka di hadapan anggota parti dengan mengatakan bahawa mereka hanya menyampaikan pandangan mereka yang berlainan. Respon Lenin adalah pembantahan di khalayak awam memang dapat diterima, tetapi bukan selepas parti telah membuat satu keputusan berkenaan dengan sesuatu yang bersifat dan bermagnitud serius (seperti melancarkan mogok) secara demokratik. Walaupun keuda-duanya akan dipecat, mereka telah dimaafkan oleh parti selepas itu dan terus memegang jawatan penting. Hanya selepas Stalin mengambil alih kuasa dan melaksanakan dasar-dasar birokratiknya, Stalin menggunakan perkara lampau ini untuk menindas mereka.

Revolusi Oktober juga sering digambarkan oleh golongan borjuis bahawa ia hanyalah satu kudeta (rampasan kuasa) oleh golongan minoriti, iaitu Bolshevik. Secara praktiknya, memang semua pemberontakan dirancang dan dipimpin oleh sekumpulan orang. Tetapi dalam kes Revolusi Oktober, persoalannya adalah sama ada pemberontakan yang dipimpin oleh Bolshevik dan Jawatankuasa Revolusioner Tentera ini mendapat sokongan majoriti? Siapakah yang memegang kuasa apabila pemerintah lama digulingkan? Yang berbeza dengan kudeta kuasa yang lain (seperti yang pernah berlaku di Chile oleh Pinochet, Thailand oleh jeneral tentera dan Indonesia oleh Suharto), pemberontakan ini mendapat sokongan daripada hampir semua pekerja di Russia, sehingga tiada tentangan berlaku di Petrograd apabila pemberontakan berlaku. Selepas “rampasan kuasa”, soviet-soviet yang terdiri daripada pekerja biasa, askar berpangkat rendah dan petani miskin yang memegang kuasa sebenar dan menentukan nasib mereka sendiri.

Lenin telah berulang kali menegaskan bahawa soviet yang patut memegang kuasa dalam pemerintahan revolusioner. Apabila Bolshevik menjadi minoriti dalam soviet, mereka mengikut sahaja keputusan yang dibuat oleh soviet, tetapi pada masa yang sama juga melaksanakan kerja-kerja mengorganisasi dan mendidik massa supaya kesedaran kelad semakin ditingkatkan. Apabila Bolshevik menjadi majoriti dalam soviet, mereka masih sanggup bekerjasama dengan Menshevik dan SR yang pernah mengkhianati mereka. Hanya Menshevik dan SR itu berdegil untuk membelot kaum pekerja dan rakyat tertindas.

Soviet: Satu Bentuk Pemerintahan Dari Bawah

Satu ciri yang penting adalah dalam Revolusi Russia adalah kewujudan soviet. Soviet, yang bermaksud Dewan Perhimpunan, dilahirkan semasa Revolusi 1905.

Pada tahun 1905, disebabkan juga oleh peperangan dan kebuluran, para pekerja Russia telah turun ke jalan untuk menuntut keadilan. Namun, pada waktu itu, kesedaran kelas yang masih tidak kuat dan organisasi perjuangan yang masih kecil, menyebabkan Revolusi tersebut menemui kegagalan. Tetapi, apa yang menarik dan memberangsangkan para pekerja, khususnya di Petrograd, adalah tertubuhnya dewan-dewan pekerja, iaitu soviet di setiap tempat kerja. Ini dengan pertama sekalinya memberi peluang untuk pekerja merasai kekuatan mereka bahawa mereka boleh mewujudkan satu pemerintahan demokratik dari bawah.

Kelas pekerja (walaupun komposisinya masih kecil dalam masyarakat Russia pada 1917 yang masih didominasi oleh kaum tani) memainkan peranan utama dalam revolusi Februari, tetapi disebabkan kekurangan pimpinan revolusioner, hasil revolusi telah dirampas oleh kaum borjuis yang masih berkembang pada masa itu. Selepas pemerintahan Tsar dijatuhkan, parti politik kelas kapitalis telah menubuhkan pemerintahan sementara bersama golongan moderat/oportunis dalam pergerakan pekerja (iaitu Menshevik dan SR).

Namun pergerakan massa yang terjadi semasa Revolusi Februari (dengan ada yang berpengalaman Revolusi 1905) telah berkembang kuat sehingga tertubuhnya organisasi demokratik mereka sendiri: soviet pekerja, soviet askar dan soviet petani, serta Red Guard yang bersenjata. Selepas Revolusi Februari, wujudnya kuasa berkembar: asas Pemerintah Sementara adalah jentera negara kapitalis yang semakin hari semakin luput; berdepan dengan satu sistem soviet yang sedang mendirikan negara berasaskan pemerintahan pekerja.

Sewaktu Revolusi 1905 tamat, Trotsky meramalkan Revolusi Russia yang akan datang pastinya berlaku dengan pertumbuhan soviet yang hebat di merata tempat. Ramalan tersebut terbukti dengan begitu dahsyat sekali pada tahun 1917, sehingga Marxis di Russia dan di lain tempat terpaksa menilai semula analisa mereka tentang sifat masyarakat Revolusi Russia.

Revolusi Berkekalan

Kebanyakan Marxis di Eropah pada awal abad ke-20 berpandangan bahawa Revolusi Russia pastinya revolusi borjuis. Ini disebabkan Russia merupakan sebuah negara yang mundur dari segi sosial dan ekonomi. Tugas asas revolusi adalah lebih kurang sama dengan Revolusi Borjuis di Eropah Barat pada abad ke-18 dan 19, iaitu menggulingkan pemerintahan monarki, menuntut kebebasan demokrasi dan perlembagaan; membebaskan petani daripada hambatan semi-feudal; membebaskan bangsa yang tertindas; mendirikan pasaran negara bangsa yang bersepadu demi memastikan perkembangan pesat kapitalisme industri. Semua ini dikatakan sebagai syarat untuk kemenangan Revolusi Sosialis pada masa yang akan datang.

Pandangan “Revolusi berperingkat” ini telah mewujudkan satu strategi di mana pergerakan pekerja bergabung dengan kelas kapitalis yang liberal. Pekerja hanya perlu sekadar menuntut matlamat kelas yang terdesak (8 jam kerja, kebebasan berpersatuan, kebebasan mogok dan sebagainya), dan menuntut kelas kapitalis melaksanakan “tugas revolusinya” secara menyeluruh.

Sejak tahun 1905 lagi, Lenin sudahpun mendapati strategi sebegini tidak dapat dipakai. Analisa Marx terhadap perangai kelas kapitalis selepas Revolusi 1848 telah menunjukkan bahawa, apabila kelas proletariat muncuk di arena politik, kelas kapitalis akan berganjak ke arah menghancurkan revolusi kerana takut pada kekuatan pekerja.

Lenin merumuskan bahawa tidak boleh pakai penggabungan kelas kapitalis dan kelas proletariat untuk melaksanakan tugas-tugas revolusi. Beliau mengusulkan alternatif “gabungan antara proletariat dengan petani” . Namun, idea Lenin tentang “pemerintahan demokratik pekerja dan petani” tersebut masih berasaskan ekonomi kapitalis, dan masih terhad dalam lingkungan negara borjuis.

Pada 1905-06, Trotsky mengupas kelemahan idea Lenin, bahawa petani mempunyai satu kelemahan yang sangat fundamental, iaitu petani tidak dapat bertukar menjadi satu kuasa politik yang bebas. Lenin telah menerima pandangan ini selepas 1917. Dalam sejarah kontemporari, petani sentiasa terikut-ikut kelas yang lain, kalau bukan menunduk pada pimpinan kelas borjuis, ia akan mengikut pimpinan kelas pekerja. Dalam situasi di mana kelas kapitalis yang pasti akan beralih ke pihak yang kontra-revolusi, nasib revolusi akan bergantung pada sama ada proletariat dapat memenangi kepimpinan pergerakan petani dan mendirikan gabungan pekerja-petani yang dipimpin oleh kelas pekerja. Dengan kata lain, hanya dengan proletariat memegang kuasa dan mendirikan negara pekerja, serta menyokong pemerintahan baru dengan gabungan proletariat dengan petani miskin, Revolusi Russia baru dapat mencapai kemenangan dan melaksanakan tugas revolusinya.

Jadi, mengikut teori Revolusi Berkekalan, dalam era imperialism, disebabkan golongan borjuis “nasional” atas borjuis yang liberal berhubung rapat dengan kuasa imperialis luar dan kelas pemerintah yang lama, maka tugas sejarah revolusi borjuis (revolusi tanah, kemerdekaan bangsa, menuntut kebebasan demokrasi, penyatuan seluruh negara untuk pembangunan industri ), hanya dapat dilaksanakan dengan pendirian pemerintahan kelas pekerja (dengan sokongan petani miskin). Teori ini telah menjadi praktik dalam Revolusi Russia 1917.

Kemusnahan Kapitalisme di Russia

Selepas kelas pekerja mengambil alih kuasa pemerintah, tidak mungkin untuk kita berpuas hati dengan penyempurnaan tugas sejarah revolusi demokratik borjuis. Pekerja perlulah mengambil alih kilang-kilang, dan menghapuskan penindasan kapitalis, demi memulakan pendirian masyarakat sosialis. Inilah yang berlaku di Russia selepas Revolusi Oktober pada tahun 1917.

Semasa soviet-soviet mengambil alih kuasa pemerintahan, program yang dilaksana adalah untuk pekerja mengawasi pengeluaran dalam masa yang singkat. Ramai yang menganggap bahawa tugas serta-merta Revolusi Oktober yang utama adalah mengembalikan kedamaian, mengagihkan tanah secara adil kepada petani, menyelesaian persoalan nasional dan mendirikan pemerintah soviet di seluruh Russia.

Namun, kelas kapitalis yang baru kehilangan kuasa itu pastinya akan berusaha untuk menghalang pelaksanaan dasar-dasar baru tersebut. Para pekerja sebenarnya telah menyedari kekuatan mereka, dan tidak boleh membiarkan untuk terus berlakunya pemerasan oleh kapitalis dan sabotaj oleh kelas pemerintah lama. Maka, sejurus selepas itu, pengawasan pekerja telah beralih ke nasionalisasi bank, kilang-kilang besar dan sistem pengangkutan. Tidak lama kemudian, segala bahan pengeluaran, selain ada yang di dalam tangan petani dan pembuat kraf kecil, semuanya telah dijadikan milik awam.

Di dalam sebuah negara yang sangat mundur, kapitalisme jauh belum menghasilkan asas material untuk proses sosialis. Di sini, kerja organisasi ekonomi yang berasaskan pemilikan awam ke atas bahan-bahan pengeluaran, tidak dapat mengelakkan diri daripada menemui pelbagai kesulitan. Bolshevik amat memahami kesulitan yang dihadapi ini, tetapi mereka percaya bahawa revolusi ini tidak akan diasingkan untuk masa yang panjang. Revolusi pekerja akan meletus di banyak negara industri yang maju, khususnya Jerman. Apabila Revolusi Russia bergabung dengan Revolusi Jerman dan Revolusi Itali, pastinya akan menyediakan asas material yang kukuh untuk mendirikan masyarakat tanpa kelas.

Kepercayaan Bolshevik tersebut bukannya sesuatu yang tidak berasas. Revolusi memang meletus di Jerman sejurus selepas Revolusi Oktober. Itali juga berkembang ke situasi revolusi pada 1919-20. Revolusi Russia memang telah menjadi teladan dan dorongan untuk revolusi sosialis sedunia.

Ada segelintir golongan social-demokrat yang selepas itu menyindir bahawa “mimpi” Lenin dan Trotsky tentang Revolusi Sedunia tiadanya asas yang nyata; mengatakan Revolusi Russia pastinya akan gagal, memulakan revolusi sosialis di sebuah negara yang mundur hanyalah mimpi kosong. Tetapi golongan yang “progresif” ini telah lupa bahawa: kegagalan gelombang revolusi Eropah pada 1919-20 bukan disebabkan massa kekurangan semangat berjuang yang revolusioner, tetapi disebabkan golongan parti sosial-demokrat yang memainkan peranan kontra-revolusi secara sedar!

Dalam konteks ini, Lenin, Trotsky dan komrad-komrad mereka memimpin kelas proletariat merampas kuasa pemerintahan untuk pertama sekalinya dalam sesebuah negara, bermakna mereka telah melakukan satu-satunya perkara yang dapat dilakukan oleh sosialis revolusioner untuk menukar nisbah kekuasaan, supaya ia berguna untuk kelas pekerja: mereka telah menggunakan segala peluang yang paling baik dalam sesebuah negara untuk menumpaskan kekuasaan kapitalis. Tugas ini dengan sendirinya masih belum dapat menentukan hasil perlawanan modal dan buruh di peringkat antarabangsa. Tetapi, ia mempengaruhi perjuangan ini dan mendorong kelas pekerja untuk mara ke hadapan.

Revolusi Dikhianati

Ada banyak pihak, khususnya golongan kapitalis melontarkan tomahan bahawa Revolusi Russia telah gagal dengan kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, dan mengutuk “kejahatan” Revolusi Russia dengan menggunakan contoh pemerintahan zalim totalitarian Stalin. Ada juga tuduhan bahawa Stalinisme adalah hasil yang tidak dapat dielakkaan daripada Leninisme.

Segala tuduhan yang diacukan oleh golongan kapitalis ini adalah pandangan cetek yang tidak mengkaji dengan betul-betul keadaan sebenar dan takut pada kebangkitan rakyat dari bawah yang mampu menggugat sistem kapitalis.

Memang tidak boleh dinafikan, perkara-perkara yang berlaku beberapa tahun selepas Revolusi Oktober merupakan satu tragedi untuk kelas pekerja, sehinggakan hasil revolusi itu digadaikan dan nama Sosialisme dicemari. Tetapi, kita perlu mengkaji dengan teliti keadaan yang menyebabkan berlakunya perkara-perkara tersebut dan menjadikannya sebagai satu pengajaran.

Revolusi Russia yang merupakan satu usaha kelas pekerja dan rakyat tertindas mengambil alih kuasa dari bawah, memang terbuktinya berjaya dan mengegarkan dunia pada masa itu, tetapi menghadapi pelbagai halangan sehingga Kesatuan Soviet – Negara Pekerja-Petani yang pertama dan masih muda tersebut, mengalami degenerasi dan terjadinya pemerintahan Stalinisme yang menghantui kelas pekerja Kesatuan Soviet.

Ini adalah disebabkan 4 faktor utama:

1. Pengepungan dan serangan daripada kuasa-kuasa imperialis dan kelas pemerintah lama

- Sememangnya Russia merupakan satu-satunya negara yang revolusi pekerjanya membuahkan hasil yang menakjubkan. Kelas kapitalis yang kehilangan kuasa tidak mengalah kerana mereka percaya akan kembali berkuasa dengan bantuan kuasa-kuasa imperialis Barat. Selepas Revolusi Oktober berjaya, sisa-sia kapitalis dan kontra-revolusioner yang masih tinggal telah melancarkan serangan hendap dengan bantuan daripada British, Perancis, Amerika Syarikat dan lain-lain kuasa imperialis. “Tentera Putih” yang kontra-revolusioner terdiri daripada kaum kapitalis, tuan tanah dan orang-orang suruhan mereka.
- Bolshevik dan pemerintahan Soviet terpaksa mengorganisasi semula tentera konvensional, yang diberi nama baru, “Tentera Merah”, untuk melawan serangan tentera kontra-revolusioner.
- Perang saudara yang berlanjutan untuk 3 tahun selepas Revolusi Oktober, telah menghauskan kebanyakan tenaga kelas pekerja dan petani yang berfikiran maju pada masa itu, dan ramai pejuang revolusioner yang kuat tumbang dalam medan pertempuran. Ini memang mewujudkan satu keadaan yang memang sulit untuk sebuah (satu-satunya) negara pekerja yang baru dilahirkan.

2. Pemencilan Revolusi akibat kegagalan revolusi di Eropah

- Pimpinan Bolshevik semasa Revolusi Oktober yang berpendirian Internasionalis percaya bahawa Revolusi Russia hanya dapat bertahan dan melangkah ke sosialis dengan berlakunya revolusi di Eropah. Kepercayaan mereka ini bukannya mimpi kosong, kerana gelombang revolusi memang meletus di Eropah pada tahun 1918. Dewan-dewan perwakilan pekerja dan askar telah didirikan di Jerman dan Austria, Republik Soviet ditubuhkan di Hungary pada tahun 1919, pemerintahan revolusioner didirikan di Bavaria (di Jerman), kebangkitan pekerja di bahagian Utara Itali dan mengambil alih semua kilang pada 1920. Arus revolusi juga melanda negara-negara lain seperti Finland, Poland, Czechoslovakia, Yugoslavia dan Bulgaria. Di Belanda, mogok umum telah menjadi agenda utama, dan di Britain pula, 3 kesatuan sekerja yang paling besar (pekerja lombong batu arang, pekerja pelabuhan dan pekerja landasan keretapi) telah menubuhkan “Aliansi Bertiga” (Triple Alliance) yang menggugat pemerintah pada masa itu.

- Namun, gelombang revolusi Eropah yang menakjubkan tersebut telah gagal. Sebab utamanya adalah:
i. Golongan Sosial-demokrat Eropah yang reformis telah menyertai pihak kontra-revolusioner. Parti-parti politik Sosial-demokrat yang kononnya mewakili pekerja (seperti Parti Buruh di Britain dan SPD di Jerman) telah menggunakan apa jua kata-kata manis dan helah untuk memperdaya pekerja-pekerja untuk memberhentikan perjuangan mengambil alih kuasa. Adanya sanggup mengorganisasi tindakan keganasan untuk memukul revolusi.
ii. Parti-parti komunis yang masih mentah (walaupun mereka telah menubuhkan Internasional Ketiga bersama Bolshevik di Russia) telah membuat banyak kesilapan, seperti menaruh kepercayaan terhadap puak Sosial-demokratik.
iii. Oleh sebab takut pada revolusi, puak kapitalis telah berkompromi dengan golongan pekerja dari segi ekonomi, seperti melaksanakan dasar kerja 8 jam sehari, dan ada negara yang melaksanakan pilihanraya umum. Kompromi ini telah mendatangkan kesan menghalang revolusi di sesetengah Negara.
iv. Negara Soviet yang baru dilahirkan tidak dapat memberi bantuan dan sokongan yang banyak kerana terpaksa berperang dengan tentera kontra-revolusioner yang didukung oleh kuasa-kuasa imperialis

- Revolusi di Hungary dan Itali digagalkan oleh keganasan berdarah. Di Itali, parti Fasis merampas kuasa pada 1922 dan ramai komunis dibunuh dan dipenjarakan, termasuklah pimpinan mereka yang terkenal, Antonio Gramsci.

- Di Jerman, walaupun revolusi pada 1918-19 dipukul dengan zalim, dan pimpinan seperti Rosa Luxemburg dibunuh, parti komunis masih semakin kembang kuat selepas itu. Pada 1923, berlakunya krisis mendalam di Jerman sekali lagi: pendudukan tentera Perancis, inflasi yang mendadak, kemenangan mogok umum yang menjatuhkan pemerintahan Cuno, parti komunis telah menguasai majoriti dalam kesatuan sekerja utama, parti sosialis kiri dan parti komunis mendirikan pemerintahan bersama di Saxony dan Thuringia. Namun, di bawah pandangan yang tidak tepat daripada Comintern, Parti Komunis Jerman tidak mengambil kesempatan untuk membuat persiapan demi melancarkan revolusi. Selepas kapitalis besar kembali menguasai keadaan, pemerintahan bersama kelas kapitalis berkuasa kembali. Sejak itu, keadaan revolusi selepas Perang Dunia I telah berlalu. Puak Fasis dan Nazi kemudiannya berkuasa.

3. Kekurangan sumber untuk membangunkan ekonomi sosialis

- Selepas Perang Saudara yang berlanjutan untuk 3 tahun tamat (tambahan dengan Perang Dunia I yang menghabiskan kebanyakan kekayaan Russia), ekonomi Russia berada dalam keadaan kehancuran. Pendapatan rakyat hanya sekadar 1/3 berbanding tahun 1913, pengeluaran industri tidak sampai 1/10 pengeluaran sebelum Perang Dunia, penghasilan hanyalah 1/40 kadar biasa, rangkaian keretapi dirosakkan. Bilangan penduduk di bandar (yang majoriti besarnya kelas pekerja) jatuh secara mendadak, sehingga penduduk di Moscow hanya tinggal ½ dan di Petrograd hanya tinggal 1/3 pada tahun 1921.
- Disebabkan kekurangan sumber bekalan dan pengeluaran industri yang dapat memyediakan asas material untuk membina ekonomi sosialis, memang sukar untuk pemerintahan Kesatuan Soviet untuk memberi makanan yang cukup dan kesejahteraan untuk rakyat jelata.
- Majoriti rakyat Russia selepas Revolusi dan Perang Saudara, masihnya petani dan jumlah kelas pekerja telah berkurangan.
- Pimpinan revolusioner Bolshevik terpaksa “berundur” dari segi ekonomi dalam keadaan yang serba kekurangan dan terdesak
- Di bawah “Dasar Ekonomi Baru” yang diperkenalkan pada tahun 1921, walaupun industri utama, bank dan pengangkutan masih milik Negara, satu pasaran bebas diwujudkan semula, dan membenarkan hasil pertanian diniagakan dalam pasaran tersebut selepas membayar cukai. Perdagangan dan perindustrian kecil yang milik swasta diwujudkan semula.
Pengunduran sementara ini telah membenarkan pengumpulan modal swasta dan adanya petani menjadi kaya dengan yang lebih ramai masih miskin.

4. Kemunculan sistem pemerintahan birokrat Stalinisme

- Adanya yang lebih berbahaya daripada kesan ekonomi “Dasar Ekonomi Baru”, iaitu kesan sosial dan politik yang diwujudkan dalam keadaan di mana Revolusi Proletariat telah diasingkan/dipencilkan dalam sebuah negara yang ekonominya mundur.
Kesan ini adalah kelas proletariat/pekerja Russia semakin kehilangan pemegangan terus pada kuasa politik dan kuasa ekonomi.
Perubahan ini bukannya sesuatu yang dirancang atau konspirasi, tetapi saling tindakan antara banyak faktor. Disebabkan penurunan pengeluaran industri dan pekerja kembali ke kawasan pertanian, jumlah kelas proletariat telah berkurangan dengan signifikan. Kebuluran dan kemiskinan yang berpanjangan pula menyebabkan sebahagian kelas proletariat dinyahpolitikkan. Mereka yang paling sedar pula diserap ke dalam sistem pemerintahan Soviet yang semakin bertukar menjadi birokrat, dan ada ramai pekerja yang militant terkorban dalam perang saudara.
- Dalam waktu yang berkesusahan tersebut, amat sukar untuk melahirkan kadre yang sesuai dalam kelas pekerja. Ini menyebabkan intelektual borjuis masih mengekalkan monopoli ke atas ilmu pengetahuan. Keadaan yang amat berkurangan membolehkan sebahagian orang mengekalkan hak keistimewaan, dan mewujudkan amalan birokrasi
Perubahan yang negatif ini telah dapat diperhatikan oleh marxis revolusioner di Russia. Pada 1920, aliran Oposisi Pekerja dalam Parti Bolshevik (yang disertai oleh pimpinan seperti Alexandra Kollontai) telah pun mengeluarkan amaran, walaupun cadangan penyelesaisan mereka kebanyakannya tidak praktik.
- Sejak 1921, Lenin telah berasa tidak senang hati dengan kewujudan birokrasi dan menyedari bahayanya. Lenin menggambarkan Russia sebagai sebuah negara pekerja yang dihakis oleh birokrasi.
- Apabila Oposisi Kiri yang dipimpin oleh Trotsky ditubuhkan pada 1923, mereka telah meletakkan anti-birokrasi sebagai perjuangan utama mereka. Tujuan Oposisi Kiri adalah mewujudkan keadaan yang sesuai untuk menyelamatkan Revolusi, dengan cadangan:
i. Mempercepatkan pengindustrian Russia, demi meningkatkan nisbah kelas pekerja dalam masyarakat
ii. Meningkatkan gaji dan menyelesaikan masalah pengganguran, demi memperkuatkan keyakinan diri pekerja
iii. Memperkukuhkan demokrasi Soviet dan demokrasi dalam parti, demi meningkatkan tahap keaktifan politik dan kesedaran kelas dalam kalangan pekerja
iv. Mengambilberat tentang perbezaan kelas dalam kalangan petani, memberikan pinjaman dan mesin pertanian demi membantu petani miskin, serta mengutip cukai progresif daripada petani kaya
v. Terus mempersiapkan diri untuk Revolusi Sedunia, memperbetulkan kesilapan Comintern dari segi strategi dan taktik.
- Disebabkan kebanyakan kadre parti telah terjerumus dalam proses birokrasi, mereka telah kehilangan peluang untuk mengembalikan nafas untuk Soviet dan membolehkan kelas proletariat mengambil alih kuasa sebenarnya pada pertengahan 1920an.

Kalau kita ingin menerangkan kemunculan dan kemenangan birokrat Stalinisme di Kesatuan Russia, kita perlulah lihat dari segi faktor subjektif (parti revolusioner) yang tidak berfungsi sempurna dalam keadaan yang amat kekurangan, bercampur dengan faktor objektif dari dalam dan luar Russia, seperti yang diungkapkan serba sedikit di atas.

Stalinisme adalah degenerasi negara pekerja yang pertama ke arah birokrasi – hasil revolusi telah dicuri oleh satu lapisan khas dalam masyarakat yang kontra-revolusi. Stalin mencipta teori “Sosialisme dalam satu negara”, untuk menjustifikasikan pemerintahan birokrasi dalam sebuah negara pekerja.

Kesatuan Soviet bukanlah sebuah masyarakat Sosialis, kerana ia bukannya masyarakat tanpa kelas. Kesatuan Soviet merupakan sebuah masyarakat peralihan antara kapitalisme dan sosialisme, seolah-olah ia masih pada waktu baru berlakunya Revolusi Oktober. Kapitalisme boleh kembali wujud di Kesatuan Soviet, tetapi perlu melalui kontra-revolusi sosial. Pekerja juga boleh kembali memegang kuasa secara langsung, tetapi perlu melalui revolusi politik yang memecahkan monopoli kuasa politik oleh golongan birokrat. Revolusi Oktober belum selesaikan kerana pengkhianatan golongan birokrat Stalinis.

Peringkat peralihan Kesatuan Soviet telah berlanjutan untuk lebih 70 tahun, dan kembali semula ke kapitalisme pada tahun 1990an. Program liberalisasi ekonomi yang begitu hebat sehingga berjuta-juta kelas pekerja dan rakyat biasa negara-negara bekas Kesatuan Soviet dikorbankan untuk kapitalis kembali berkuasa. Majoriti rakyat Russia menjadi lebih miskin daripada zaman Kesatuan Soviet dan penindasan kelas menjadi semakin teruk.

Kesimpulan

Sudahpun Revolusi Oktober berlalu untuk 90 tahun. Penentangan rakyat di seluruh dunia ke atas pemerintahan kapitalis masih membara. Sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990an, kuasa-kuasa kapitalis global semakin menunjukkan taring mereka, dengan melancarkan serangan ke atas rakyat biasa dengan dasar ekonomi neo-liberal dan “perang menentang terroris”. Ancaman imperialis negara-negara kapitalis masih begitu nyata dan kehancuran adalah kepastian sekiranya tercetus lagi perang imperialis. Afghanistan dan Iraq, adalah pentas untuk raptai perang imperialis dan kesannya amat jelas sekali.

Kebangkitan rakyat menolak dasar ekonomi neo-liberal (yang membiak kemiskinan dan pemerasan) semakin menjadi-jadi, bukan sahaja di tempat kerja atau penempatan kaum miskin di Dunia Ketiga; malah juga berlaku di jalanan bandar-bandar besar di negara maju.

Perjuangan anti-kapitalis yang bergelora dewasa ini, juga sedang mencari satu alternatif yang bakal menggantikan sistem kapitalis. Pilihan yang kita ada, bukannya sesuatu yang jatuh dari langit, tetapi berasaskan penyertaan massa dalam perjuangan itu sendiri. 90 tahun yang lalu, pekerja dan petani di Russia, telah menemui jalan keluar ini melalui Revolusi Oktober. Revolusi Oktober, menandakan satu permulaan untuk rakyat tertindas mendirikan sebuah masyarakat yang benar-benar bebas, samarata dan demokratik. Namun, perjalanan Revolusi Oktober yang berasaskan sosialisme, masih belum selesai, dan ia hanya dapat disempurnakan oleh rakyat akar umbi di seluruh dunia, melalui organisasi dari bawah dalam menentang pemerintahan kapitalis.

Pada permulaan abad ke-21, dalam keadaan serangan bertubi-tubi daripada kapitalis yang tamakkan kekayaan bumi dan kuasa, kita masih melihat harapan cerah dalam melanjutkan usaha yang dicetuskan dalam Revolusi Oktober. Kewujudan dewan-dewan komunal dalam Revolusi di Venezuela, mewujudkan satu alternatif seperti soviet semasa Revolusi Oktober. Tidak juga kita ketinggalan tentang pelbagai organisasi massa yang melawan pemerintah kapitalis dan imperialis di Amerika Latin, Asia, Afrika sampai Eropah.

Selagi pemerasan dan penindasan kelas masih wujud, semangat Oktober tidak akan lenyap dan sentiasa menjadi inspirasi untuk para pekerja, petani, miskin kota dan rakyat tertindas untuk lawan dari bawah!

SIAPA DR HARON DIN?


Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.

Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.

Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.

Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.

Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.

Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.

Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.


Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .

Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.

Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.

Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.

Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS
Pilihan raya
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%

Blackend Is The End

Dyers Eve